User's Manual

Table Of Contents
81
NOTA:
Penghala LTE boleh mengesan ISP anda berdasarkan maklumat IMSI
kad SIM anda. Jika rangkaian mudah alih daripada ISP anda tidak
ditemui, sambung ke rangkaian perayauan bagi ISP lain.
Menggunakan perkhidmatan perayauan akan dikenakan caj
tambahan. Bertanya dengan pembekal perkhidmatan mudah alih
anda sebelum menggunakan perkhidmatan perayauan.
5. Had Penggunaan Data
Data Usage (Penggunaan Data): Menunjukkan
penggunaan data.
Cycle Start Day (Hari Mula Kitaran): Pilih hari yang anda
ingin penggunaan data mula dikumpulkan. Penggunaan
data akan ditetapkan semula pada akhir setiap kitaran.
Data Usage Limit (Had Penggunaan Data): Tetapkan
had atas bulanan untuk penggunaan Internet. Apabila
penggunaan data anda mencapai had, akses Internet akan
disekat.
Data Usage Alert (Peringatan Penggunaan Data):
Tetapkan penggunaan maksimum lebar jalur Internet
untuk peringatan dihantar. Apabila penggunaan Internet
anda mencapai had ini, akses Internet disekat.
Send SMS Notification (Hantar pemberitahuan SMS):
Dayakan fungsi ini untuk menerima pemberitahuan SMS
sebaik sahaja had maksimum untuk penggunaan Internet
dicapai.