User's Manual

Table Of Contents
91
3. Pada medan Famous Server List (Senarai Pelayan
Terkemuka), pilih jenis perkhidmatan yang anda ingin akses.
4. Pada medan Famous Game List (Senarai Permainan
Terkemuka), pilih permainan popular yang anda ingin
akses. Item ini menyenaraikan port yang diperlukan untuk
permainan dalam talian popular pilihan anda berfungsi
dengan betul.
5. Pada jadual Port Forwarding List (Senarai Pemajuan Port),
masukkan maklumat berikut:
Nama Perkhidmatan: Masukkan nama perkhidmatan.
Julat Port: Jika anda mahu menentukan Liputan Port
untuk klien pada rangkaian yang sama, masukkan Nama
Perkhidmatan, Liputan Port (cth. 10200:10300), alamat
IP LAN dan biarkan Port Setempat kosong. Liputan port
menerima pelbagai format seperti Liputan Port (300:350),
port individu (566,789) atau Campuran (1015:1024,3021).
NOTA:
Apabila tembok api rangkaian anda dinyahdayakan dan anda
menetapkan 80 sebagai julat port pelayan HTTP untuk penyediaan
WAN anda, kemudian pelayan http/pelayan web akan bercanggah
dengan antara muka pengguna web penghala.
Rangkaian menggunakan port untuk menukar data, dengan setiap
port ditugaskan nombor port dan tugasan khusus. Sebagai contoh,
port 80 digunakan untuk HTTP. Port khusus hanya boleh digunakan
oleh satu aplikasi aau perkhidmatan pada satu masa. Oleh itu, dua
PC mencuba untuk mengakses data melalui port yang sama pada
masa yang sama akan gagal. Sebagai contoh, anda tidak boleh
menyediakan Pemajuan Port untuk port 100 untuk dua PC pada
masa yang sama.
IP Tempatan: Masukkan alamat IP LAN klien.
NOTA: Gunakan alamat IP statik untuk klien setempat untuk menjadikan
pemajuan port berfungsi dengan baik. Rujuk bahagian “4.2 LAN” untuk
maklumat.