User's Manual

Table Of Contents
93
4.3.6 DMZ
DMZ Maya mendedahkan satu klien ke Internet, membolehkan
klien ini menerima semua paket masuk diarahkan ke Rangkaian
Kawasan Setempat.
Trafik masuk dari Internet biasanya dibuang dan dihalakan ke
klien tertentu hanya jika pemajuan port atau picu port telah
dikonfigurasikan pada rangkaian. Dalam konfigurasi DMZ, satu
klien rangkaian menerima semua paket masuk.
Menyediakan DMZ pada rangkaian adalah berguna bila anda
memerlukan port masuk terbuka atau anda ingin mengehos
domain, web, atau pelayan e-mel.
PERHATIAN: Membuka semua port pada klien ke Internet menjadikan
rangkaian rentan kepada serangan luar. Sila berjaga-jaga akan risiko
keselamatan yang terlibat dalam menggunakan DMZ.
Untuk menyediakan DMZ:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > WAN > DMZ.
2. Konfigurasi tetapan di bawah. Apabila selesai, klik Apply
(Guna).
IP address of Exposed Station (Alamat IP bagi Stesen
Terdedah): Masukkan alamat IP LAN klien yang akan
menyediakan perkhidmatan DMZ dan terdedah pada
Internet. Pastikan klien pelayan mempunyai alamat IP statik.
Untuk membuang DMZ:
1. Padam alamat IP LAN klien dari kotak teks IP Address of
Exposed Station (Alamat IP Stesen Terdedah).
2. Apabila selesai, klik Apply (Guna).