User's Manual

Table Of Contents
45
4. Klik Apply (Guna) untuk mengenakan perubahan.
Menggunakan perkhidmatan Kongsi FTP
Kongsi FTP mendayakan pelayan FTP untuk berkongsi fail
daripada cakera USB ke peranti lain melalui rangkaian kawasan
setempat anda atau melalui Internet.
PENTING:
• PastikanandamengeluarkancakeraUSBdenganselamat.
Pengeluaran tidak betul cakera USB boleh menyebabkan kerosakan
data.
• UntukmengeluarkancakeraUSBdenganselamat,rujukbahagian
Safely removing the USB disk (Mengeluarkan cakera USB
dengan selamat) di bawah 3.1.3 Monitoring your USB device
(Memantau peranti USB anda).
Untuk menggunakan perkhidmatan Kongsi FTP:
NOTA: Pastikan anda menyediakan pelayan FTP anda melalui
AiDisk. Untuk butiran lanjut, rujuk bahagian 3.6.1 Using AiDisk
(Menggunakan AiDisk).
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab General (Am) > USB
application (Aplikasi USB) > Media Services and Servers
(Perkhidmatan Media dan Pelayan) > FTP Share (Kongsi
FTP).
2. Daripada senarai folder, pilih jenis kebenaran akses yang anda
ingin tugaskan untuk folder khusus:
• R/W: Pilih untuk menugaskan akses baca/tulis folder khusus.
• W: Pilih untuk menugaskan akses tulis sahaja folder khusus.
• R: Pilih untuk menugaskan akses baca sahaja folder khusus.
• Tidak: Pilih pilihan ini jika anda tidak mahu berkongsi folder
fail khusus.
3. Klik Apply (Guna) untuk mengesahkan perubahan.
4. Untuk mengakses pelayan FTP masukkan pautan ftp
ftp://<hostname>.asuscomm.com dan nama pengguna dan
kata laluan anda pada penyemak imbas web atau utiliti FTP
pihak ketiga.