Panduan Pengguna ZenWiFi XD5 Penghala Wi-Fi Jalur Dual AX3000
MY22781 Edisi Pertama Oktober 2023 Hak cipta © 2023 ASUSTeK COMPUTER INC. Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada manual ini, termasuk produk dan perisian yang diterangkan di dalamnya boleh dikeluarkan semula, dipindahkan, ditranskrip, disimpan dalam sistem pengambilan, atau diterjemah ke dalam sebarang bahasa dalam sebarang bentuk atau apa-apa kaedah, kecuali dokumentasi yang disimpan oleh pembeli untuk tujuan sandaran, tanpa kebenaran tersurat bertulis ASUSTeK COMPUTER INC. (“ASUS”).
Kandungan 1 Mengenali penghala wayarles anda 2 Bermula 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 2.1 Selamat datang!.............................................................................6 Kandungan pakej..........................................................................6 Penghala wayarles anda.............................................................7 Meletakkan penghala wayarles anda....................................8 Keperluan Penyediaan................................................................
Kandungan 3.5.2 Penapis URL..............................................................................33 3.5.3 Penapis kata kunci.................................................................34 3.5.4 Penapis Perkhidmatan Rangkaian...................................35 3.6 3.7 3.8 Rangkaian Tetamu..................................................................... 36 IPv6.................................................................................................. 38 LAN..........................
Kandungan 4 Utiliti 5 Menyelesai Masalah 4.1 4.2 5.1 5.2 Penemuan Peranti..................................................................... 69 Pemulihan Perisian Tegar........................................................ 70 Penyelesaian Masalah Asas.................................................... 72 Soalan Lazim (FAQs) ................................................................. 75 Lampiran Perkhidmatan dan Sokongan ..............................................................
1 Mengenali penghala wayarles anda 1.1 Selamat datang! Terima kasih kerana membeli Penghala Wayarles ASUS ZenWiFi XD5! ZenWiFi XD5 yang ultra nipis dan bergaya menampilkan dwi jalur 2.4GHz dan 5GHz untuk penstriman HD wayarles serentak tidak sepadan; pelayan SMB, pelayan UPnP AV, dan pelayan FTP untuk perkongsian fail 24/7; keupayaan untuk mengendalikan 300,000 sesi; dan Teknologi Rangkaian Hijau ASUS, yang menyediakan sehingga 70% penyelesaian penjimatan kuasa. 1.
1.3 Penghala wayarles anda Palam masuk penyesuai ke dalam port DCIN. 2 LED Kuasa, akan menyala apabila perkakasan anda sedia. 1 Port Explanations Port DCIN Port LAN Port WAN/LAN Port WAN Sambung modem anda ke port ini dengan kabel rangkaian. Port LAN Sambungkan PC anda ke port LAN ini menggunakan kabel rangkaian. Spesifikasi Adapter Kuasa DC Output DC: +12V dengan arus maksimum 1.
1.4 Meletakkan penghala wayarles anda Untuk mendapatkan prestasi rangkaian wayarles yang terbaik daripada penghala wayarles anda, ikuti saranan di bawah: • Letakkan penghala wayarles di tengah-tengah rangkaian anda untuk liputan wayarles yang maksimum. • Pastikan peranti berada jauh dari sekatan logam dan jauh dari cahaya matahari langsung. • Pastikan peranti berada jauh dari peranti Wi-Fi 802.11g atau 20MHz sahaja, persisian komputer 2.
1.5 Keperluan Penyediaan Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut: • Port Ethernet RJ-45 (LAN)(10Base-T/100Base-TX/1000Base-TX) • Keupayaan wayarles IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax • Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang • Penyemak imbas Web seperti Microsoft Internet Explorer, Firefox, Safari, atau Google Chrome NOTA: • Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina dalam, pasang penyesuai IEEE 802.
2 Bermula 2.1 Penyediaan Penghala PENTING! • Gunakan sambungan berwayar semasa menyediakan penghala wayarles anda untuk mengelakkan isu penyediaan wayarles yang mungkin berlaku. • Sebelum menyediakan penghala wayarles ASUS anda, lakukan yang berikut: • Jika anda sedang menggantikan penghala yang sedia ada, tanggalkannya daripada rangkaian anda. • Putuskan sambungan kabel/wayar dari modem anda yang sedia ada. Jika modem anda mempunyai bateri sandaran, tanggalkannya juga.
ZenWiFi XD5 Power Modem LAN a LINE c LAN RESET PWR WAN b Laptop d B. Sambungan wayarles Untuk menyediakan rangkaian menggunakan sambungan berwayar: 1. Pasang masuk penghala anda ke sumber kuasa dan hidupkan kuasanya.
2. Sambung ke nama rangkaian (SSID) yang ditunjukkan pada label produk di bahagian belakang penghala. Untuk keselamatan rangkaian yang lebih baik, ubah ke SSID unik dan berikan kata laluan. Nama Wi-Fi (SSID): * ASUS_XX XX merujuk pada dua digit terakhir alamat MAC 2.4GHz. Anda boleh menemuinya pada label di belakang penghala anda. 3. GUI web dilancarkan secara automatik apabila anda membuka pelayar web. Jika ia tidak melakukan pelancaran auto, masuki http://www.asusrouter.com. 4.
2.2 Persediaan Internet Cepat (QIS) dengan pengesanan auto Ciri Persediaan Internet Cepat (QIS) membimbing anda untuk menyediakan sambungan Internet anda dengan cepat. NOTA: Semasa menetapkan sambungan Internet buat pertam kali, tekan butang Tetap semula pada penghala wayarles anda untuk menetapkannya ke tetapan lalai kilang. Untuk menggunakan QIS dengan pengesanan cepat: 1. Lancarkan penyemak imbas web. Anda akan dihalakan semula ke Wizard Penyediaan ASUS (Penyediaan Internet Pantas).
3. Berikan nama rangkaian (SSID) dan kunci keselamatan untuk sambungan wayarles 2.4GHz dan 5 GHz anda. Klik Apply (Guna) setelah selesai. 4. Pada halaman Login Information Setup (Penyediaan Maklumat Log Masuk), ubah kata laluan log masuk penghala untuk menghalang akses tanpa kebenaran ke penghala wayarles anda. NOTA: Nama pengguna dan kata laluan log masuk adalah berbeza daripada nama rangkaian (SSID) 2.4GHz/5GHz dan kunci keselamatan.
2.3 Menyambung ke rangkaian wayarles anda Selepas menyediakan penghala wayarles anda melaui QIS, anda boleh menyambungkan komputer anda atau peranti pintar lain ke rangkaian wayarles anda. Untuk menyambung kepada rangkaian anda: 1. Pada komputer anda, klik ikon rangkaian dalam kawasan pemberitahuan untuk memaparkan rangkaian wayarles tersedia. 2. Pilih rangkaian wayarles yang anda ingin bersambung dengan, kemudian klik Connect (Sambung). 3.
3 Mengkonfigurasi Tetapan Am dan Lanjutan 3.1 Melog masuk ke GUI web Penghala Wayarles ASUS anda disertakan dengan antara muka pengguna grafik (GUI) web intuitif yang membolehkan anda mudah mengkonfigurasikan pelbagai cirinya menerusi pelayar web seperti Internet Explorer, Firefox, Safari atau Google Chrome. NOTA: Ciri mungkin berbeza dengan versi perisian tegar berbeza. Untuk log masuk ke GUI web: 1. Di penyemak imbas web anda, masukkan alamat IP lalai penghala wayarles secara manual: http://www.
Butang arahan atas QIS Panji maklumat Navigasi panel * Imej adalah untuk rujukan sahaja. NOTA: Jika anda melog masuk ke dalam GUI Web buat pertama kali, anda akan diarahkan ke halaman Penyediaan Internet Pantas (QIS) secara automatik.
3.1.1 Menyediakan keselamatan wayarles Untuk melindungi rangkaian wayarles anda daripada akses yang tidak dibenarkan, anda perlu mengkonfigurasi tetapan keselamatan penghala anda. Untuk menyediakan tetapan keselamatan wayarles: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke General (Am) > Network Map (Peta Rangkaian). 2. Pada skrin Peta Rangkaian dan di bawah System Status (Status sistem), anda boleh mengkonfigurasikan tetapan keselamatan wayarles seperti SSID, tahap keselamatan, dan tetapan penyulitan.
4. Dari senarai jatuh bawah WEP Encryption (Penyulitan WEP), pilih kaedah penyulitan untuk rangkaian wayarles anda. PENTING! IEEE 802.11n/ac/ax standard melarang menggunakan High Throughput (Truhput Tinggi) dengan WEP atau WPA-TKIP sebagai sifer unisiar. Jika anda menggunakan kaedah penyulitan ini, kadar data anda akan merosot kepada sambungan IEEE 802.11g 54Mbps. 5. Masukkan kunci laluan keselamatan anda. 6. Klik Apply (Guna) setelah selesai. 3.1.
3.2 Mudah Suai QoS 3.2.1 Menguruskan Jalur Lebar QoS (Kualiti Perkhidmatan) Ciri Quality of Service (Perkhidmatan Kualiti) membolehkan anda untuk menetapkan keutamaan jalur lebar dan menguruskan trafik rangkaian. Untuk menyediakan keutamaan lebar jalur: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke General (Am) > Adaptive QoS (Mudah Suai QoS) > QoS. 2. Klik ON (HIDUP) untuk mendayakan QoS. Isi medan lebar jalur muat naik dan muat turun. NOTA: Maklumat jalur lebar anda tersedia dari ISP anda. 3. Klik Apply (Guna).
4. Pada halaman user-defined QoS rules (peraturan QoS bertakrif pengguna), terdapat empat jenis perkhidmatan dalam talian lalai – layar web, HTTPS dan pemindahan fail. Pilih perkhidmatan yang anda ingini, isi Source IP or MAC (Sumber IP atau MAC), Destination Port (Port Destinasi), Protocol (Protokol), Transferred (Dipindahkan) dan Priority (Keutamaan), kemudian klik Apply (Guna). Makluma akan dikonfigurasikan dalam skrin peraturan QoS.
5. Pada halamanUser-defined Priority (Keutamaan Bertakrif pengguna), anda boleh mngutamakan aplikasi rangkaian atau peranti ke dalam lima bahagian daripada senarai jatuh bawah user-defined QoS rules (Peraturan QoS bertakrif pengguna). Berdasarkan tahap keutamaan, anda boleh menggunakan kaedah berikut dalam menghantar paket data: • Menukar susunan paket rangkaian huluan yang dihantar ke Internet.
3.3 Pentadbiran 3.3.1 Mod Operasi Halaman Mod Operasi membolehkan anda memilih mod bersesuaian untuk rangkaian anda. Untuk menyediakan mod operasi: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > Operation Mode (Mod Operasi). 2. Pilih mana-mana mod operasi ini: • Mod penghala wayarles (lalai): Dalam mod penghala wayarles, penghala wayarles menyambung ka Intternet dan menyediakan akses Internet ke peranti tersedia pada rangkaian setempat sendiri.
3. Klik Save (Simpan). NOTA: Penghalan ini akan but semula bila anda menukar mod. 3.3.2 Sistem Halaman System (Sistem) membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan penghala anda. Untuk menyediakan tetapan Sistem: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > System (Sistem). 2.
3.3.3 Menatarkan perisian tegar NOTA: Muat turun perisian tegar terkini dari laman web ASUS di http:// www.asus.com. Untuk menatarkan perisian tegar: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar). 2. Dalam item Firmware Version (Versi Perisian Tegar), klik Check (Periksa). Navigasi ke fail perisian tegar yang dimuat turun. 3. Klik Upload (Muat naik).
3.4 AiProtection AiProtection menyediakan pemantauan masa nyata yang mengesan perisian hasad, perisian pengintip dan akses tidak dikehendaki. Ia juga menapis laman web dan aplikasi yang tidak dikehendaki serta membolehkan anda menjadualkan masa supaya peranti yang bersambung dapat mengakses Internet. 3.4.1 Perlindungan Rangkaian Perlindungan Rangkaian menghalang rangkaian daripada mengeksploitasi dan menjamin keselamatan rangkaian anda daripada akses yang tidak dikehendaki.
Mengkonfigurasi Perlindungan Rangkaian Untuk mengkonfigurasi Perlindungan Rangkaian: 1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > AiProtection 2. Dari halaman utama AiProtection, klik pada Network Protection (Perlindungan Rangkaian). 3. Dari tab Network Protection (Perlindungan Rangkaian), klik Scan (Imbas). Apabila selesai mengimbas, utiliti memaparkan hasil pada halaman Router Security Assessment (Penilaian Keselamatan Penghala).
c. Kembali ke halaman Router Security Assessment (Penilaian Keselamatan Penghala) dan klik Close (Tutup) untuk keluar halaman. 5. Untuk mengkonfigurasi tetapan keselamatan secara automatik, klik Secure Your Router (Jamin Keselamatan Penghala Anda). 6. Apabila gesaan mesej muncul, klik OK. Pemblokan Tapak Hasad Ciri ini mengehadkan akses ke laman web hasad dalam pangkalan data awan untuk perlindungan terkini setiap masa.
Pencegahan Peranti Terjangkit dan Halangan Ciri ini menghalang peranti terjangkit daripada menyampaikan maklumat peribadi atau status terjangkit kepada pihak luaran. NOTA: Fungsi ini didayakan secara automatik jika anda menjalankan Router Weakness Scan (Imbasan Kelemahan Penghala). Untuk mendayakan perlindungan Kerentanan: 1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > AiProtection 2. Dari halaman utama AiProtection, klik pada Network Protection (Perlindungan Rangkaian). 3.
3.4.2 Menyediakan Kawalan Ibu Bapa Kawalan Ibu Bapa membolehkan anda mengawal masa akses Internet atau menetapkan had masa untuk penggunaan rangkaian klien. Untuk pergi ke halaman utama Kawalan Ibu Bapa: Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > Parental Controls (Kawalan Ibu Bapa). Penjadualan Waktu Penjadualan Waktu membolehkan anda menetapkan had masa untuk penggunaan rangkaian klien. NOTA: Pastikan bahawa waktu sistem anda disegerakkan dengan pelayan NTP.
Untuk mengkonfigurasikan Penjadualan Waktu: 1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > Parental Controls (Kawalan Ibu Bapa) > Time Scheduling (Penjadualan Waktu). 2. Dari anak tetingkap Enable Time Scheduling (Dayakan Penjadualan Waktu), klik ON (HIDUP). 3. Dari lajur Clients Name (Nama Klien), pilih atau masukkan nama klien daripada kotak senarai juntai bawah. NOTA: Anda juga boleh memasukkan alamat MAC klien dalam lajur Client MAC Address (Alamat MAC Klien).
3.5 Tembok Api Penghala wayarles boleh menjadi tembok api perkakas untuk rangkaian anda. NOTA: Ciri Tembok Api didayakan secara lalai. 3.5.1 Umum Untuk menyediakan tetapan Tembok Api asas: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > General (Am). 2. Pada medan Enable Firewall (Dayakan Tembok Api), pilih Yes (Ya).
3. Pada perlindungan Enable DoS (Dayakan DoS), pilih Yes (Ya) untuk melindungi rangkaian anda daripada serangan DoS (Nafi Khidmat) walaupun ini mungkin menjejaskan prestasi penghala anda. 4. Anda juga boleh memantau pertukaran paket antara sambungan LAN dan WAN. Pada Jenis paket yang dilog, pilih Dropped (Digugurkan), Accepted (Diterima), atau Both (Kedua-duanya). 5. Klik Apply (Guna). 3.5.2 Penapis URL Anda boleh menentukan kata kerja atau alamat web untuk mengelakkan akses ke URL tertentu.
3.5.3 Penapis kata kunci Penapis kata kunci menyekat akses ke laman web mengandungi kata kunci yang dinyatakan. Untuk menyediakan penapis kata kunci: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > Keyword Filter (Penapis Kata Kunci). 2. Pada medan Dayakan Penapis Kata Kunci, pilih Enabled (Didayakan). 3. Masukkan perkataan atau frasa dan klik butang Add (Tambah). 4. Klik Apply (Guna). NOTA: 34 • Penapis Kata Kunci adalah berdasarkan pertanyaan DNS.
3.5.4 Penapis Perkhidmatan Rangkaian Penapis Perkhidmatan Rangkaian menyekat pertukaran paket LAN ke WAN dan mengehadkan klien rangkaian daripada mengakses perkhidmatan web khusus seperti Telnet atau FTP. Untuk menyediakan penapis Perkhidmatan Rangkaian: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > Network Service Filter (Penapis Perkhidmatan Rangkaian. 2. Pada medan Dayakan Penapis Perkhidmatan Rangkaian, pilih Yes (Ya). 3. Pilih jenis jadual Penapis.
3.6 Rangkaian Tetamu Guest Network (Rangkaian Tetamu) memberikan sambungan Internet kepada tetamu sementera melalui akses untuk mengasingkan akses SSID atau rangkaian tanpa memberikan akses kepada rangkaian peribadi anda. NOTA: ZenWiFi XD5 menyokong sehingga enam SSID (tiga SSID 2.4GHz dan tiga SSID 5GHz). Mencipta rangkaian tetamu anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke General (Am) > Guest Network (Rangkaian Tetamu). 2. Pada skrin Rangkaian Tetamu, pilih jalur frekuensi 2.
4. Untuk mengkonfigurasi pilihan tambahan, klik Modify (Ubah Suai). 5. Klik Yes (Ya) pada skrin Enable Guest Network (Dayakan Rangkaian Tetamu . 6. Untukkan nama wayarles untuk rangkaian sementara anda pada medan Network Name (Nama Rangkaian) (SSID). 7. Pilih Authentication Method (Kaedah Pengesahan). 8. Pilih kaedah Encryption (Penyulitan). 9. Nyatakan Access time (Masa akses) atau klik Limitless (Tanpa had). 10. Pilih Disable (Nyahdayakan) atau Enable (Dayakan) pada item Access Intranet (Akses Intranet).
3.7 IPv6 Penghala wayarles ini menyokong pengalamatan IPv6, sistem yang menyokong lebih alamat IP. Standard ini belum lagi tersedia secara meluas. Hubungi ISP anda jika perkhidmatan Internet anda menyokong IPv6. Untuk menyediakan IPv6: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > IPv6. 2. Pilih Connection type (Jenis sambungan) anda. Pilih konfigurasi berbeza bergantung pada jenis sambungan terpilih anda. 3. Masukkan tetapan IPv6 LAN dan DNS anda. 4. Klik Apply (Guna).
3.8 LAN 3.8.1 IP LAN Skrin IP LAN membolehkan anda mengubah suai tetapan IP LAN penghala wayarles anda. NOTA: Apa-apa perubahan kepada alamat IP LAN akan ditunjukkan pada tetapan DHCP anda. Untuk mengubah suai tetapan IP LAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > LAN > IP LAN. 2. mengubah suai IP address (alamat IP) dan Subnet Mask. 3. Apabila selesai, klik Apply (Guna).
3.8.2 Pelayan DHCP Penghala wayarles anda menggunakan DHCP untuk menguntukkan alamat IP secara automaik pada rangkaian anda. Anda boleh menyatakan julat alamat IP dan masa pajakan untuk kelian pada rangkaian anda. Untuk mengkonfigurasi pelayan DHCP: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > LAN > DHCP Server (Pelayan DHCP). 2. Dalam medan Enable the DHCP Server (Dayakan Pelayan DHCP), tandakan Yes (Ya). 3.
5. Dalam medan IP Pool Ending Address (Alamat Akhir Kumpulan IP), masukkan alamat IP akhir. 6. Dalam medan Lease Time (Masa Pajakan), nyatakan dalam saat bila alamat IP yang diuntukkan akan tamat tempoh. Sebaik sahaja ia mencapai had masa ini, pelayan DHCP kemudiannya akan menguntukkan alamat IP yang baru. NOTA: • ASUS menyarankan agar anda menggunakan format alamat IP 192.168.50.xxx (di mana xxx boleh jadi sebarang nombor antara 2 dan 254) apabila menyatakan julat alamat IP.
3.8.3 Hala Jika rangkaian anda menggunakan lebih daripada satu penghala wayarles, anda boleh mengkonfigurasikan jadual penghalaan untuk berkongsi perkhidmatan Internet yang sama. NOTA: Kami mengesyorkan anda tidak menukar tetapan hala lalai melainkan anda mempunyai pengetahuan lanjutan mengenai jadual penghalaan. Untuk mengkonfigurasikan jadual Penghalaan LAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > LAN > Route (Hala). 2.
3.8.4 IPTV Penghala wayarles menyokong sambungan ke perkhidmatan IPTV melalui ISP atau LAN. Tab IPTV memberikan tetapan konfigurasi yang diperlukan untuk menyediakan IPTV, VoIP, multisiar, dan UDP untuk perkhidmatan anda. Hubungi ISP anda untuk maklumat khusus mengenai perkhidmatan anda.
3.9 Log Sistem Log Sistem mengandungi aktiviti rangkaian terakam anda. NOTA: Log sistem menetap semula apabila penghala dibut semula atau dimatikan. Untuk melihat log sistem anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > System Log (Log Sistem). 2.
3.10 Penganalisis Trafik Ciri monitor trafik membolehkan anda mengakses penggunaan lebar jalur dan kelajuan Internet, rangkaian berwayar dan wayarles anda. Ia membolehkan anda memantau trafik rangkaian dalam masa nyata atau berasaskan harian. Ia juga menawarkan pilihan untuk menawarkan trafik rangkaian dalam masa 24 jam terakhir. NOTA: Paket daripada Internet dihantar dengan sekata ke peranti terdawai dan wayarles.
3.11 WAN 3.11.1 Sambungan Internet Skrin Sambungan Internet membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan pelbagai jenis sambungan WAN.
Untuk mengkonfigurasikan tetapan sambungan WAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > WAN > Internet Connection (Sambungan Internet). 2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik Apply (Guna). • Jenis Sambungan WAN: Pilih jenis Pembekal Perkhidmatan Internet anda. Pilihan adalah Automatic IP (IP Automatik), PPPoE, PPTP, L2TP atau fixed IP (IP tetap).
• Dayakan Pengagregatan WAN: Pengagregatan WAN menggabungkan dua sambungan rangkaian untuk meningkatkan kelajuan WAN anda sehingga 2 Gbps. Sambungkan port WAN dan port LAN 4 penghala anda ke port LAN modem anda. • Menyambung kepada Pelayan DNS: Benarkan penghala ini untuk mendapatkan alamat IP DNS daripada ISP secara automatik. DNS adalah hos pada Internet yang menterjemahkan nama Internet ke alamat IP angka. • Pengesahan: Item ini mungkin ditentukan oleh beberapa ISP.
3.11.2 Picu Port Picu julat port membuka port masuk yang ditentukan untuk tempoh masa yang terhad apabila klien di rangkaian kawasan setempat menjadi sambungan keluar ke port yang dinyatakan. Picu port digunakan dalam senario berikut: • Lebih daripada satu klien setempat memerlukan pemajuan port untuk aplikasi yang sama pada masa yang berbeza. • Satu aplikasi memerlukan port masuk khusus yang berbeza daripada port keluar. Untuk menyediakan Picu Port: 1.
• Port Picu: Tentukan port picu untuk membukan port masuk. • Protokol: Pilih protokol, TCP, atau UDP. • Port Masuk: Nyatakan port masuk untuk menerima data masuk daripada Internet. NOTA: 50 • Apabila menyambung ke pelayan IRC, PC klien membuat sambungan keluar menggunakan julat port picu 66660-7000. Pelayan IRC respons dengan mengesahkan nama pengguna dan mencipta sambungan baru kepada PC klien menggunakan port masuk.
3.11.3 Pelayan Maya/Pemajuan Port Pemajuan por adalah kaedah untuk menghala trafik rangkaian dari Internet ke port khusus atau julat port khusus ke satu peranti atau beberapa peranti pada rangkaian tempatan anda. Menyediakan Pemajuan Port pada penghala anda membenarkan PC di luar rangkaian untuk mengakses perkhidmatan khusus yang diberikan oleh PC dalam rangkaian anda.
2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik ON (HIDUP). • Dayakan Pemajuan Port: Pilih ON (HIDUP) untuk mendayakan Pemajuan Port. • Senarai Pelayan Terkenal: Tentukan jenis perkhidmatan yang manakah yang anda ingin akses. • Senarai Permainan Terkenal: Item ini menyenaraikan port yang diperlukan untuk permainan dalam talian popular untuk berfungsi dengan betul.
• IP Tempatan: Masukkan alamat IP LAN klien. NOTA: Gunakan alamat IP statik untuk klien setempat untuk menjadikan pemajuan port berfungsi dengan baik. Rujuk bahagian 3.8 LAN untuk maklumat. • Port Setempat: Masukkan port khusus untuk menerima paket yang dimajukan. Biarkan medan ini kosong jika anda mahu paket masuk dihalakan semula ke julat port yang dinyatakan. • Protokol: Pilih protokol. Jika anda tidak pasti, pilih KEDUA-DUANYA.
3.11.4 DMZ DMZ Maya mendedahkan satu klien ke Internet, membolehkan klien ini menerima semua paket masuk diarahkan ke Rangkaian Kawasan Setempat. Trafik masuk dari Internet biasanya dibuang dan dihalakan ke klien tertentu hanya jika pemajuan port atau picu port telah dikonfigurasikan pada rangkaian. Dalam konfigurasi DMZ, satu klien rangkaian menerima semua paket masuk.
Untuk membuang DMZ: 1. Padam alamat IP LAN klien dari kotak teks IP Address of Exposed Station (Alamat IP Stesen Terdedah). 2. Apabila selesai, klik Apply (Guna). 3.11.5 DDNS Menyediakan DDNS (DNS Dinamik) membolehkan anda mengakses penghala daripada luar rangkaian anda melalui Perkhidmatan DDNS ASUS atau perkhidmatan DDNS lain. Untuk menyediakan DDNS: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > WAN > DDNS. 2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut.
• Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan DDNS berbeza, klik CUBAAN PERCUMA dan mendaftar dalam talian dahulu. Isi Nama Pengguna atau Alamat E-mel dan Kata Laluan atau medan Kunci DDNS. • Mendayakan kad bebas: Dayakan kad bebas jika perkhidmatan DDNS anda memerlukan satu. NOTA: Perkhidmatan DDNS tidak akan berfungsi di bawah keadaan ini: • Apabila penghala wayarles menggunakan alamat peribadi IP WAN (192.168.x.x, 10.x.x.x, atau 172.16.x.x), seperti yang ditunjukkan oleh teks berwarna kuning.
3.12 Wayarles 3.12.1 Umum Tab Am membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan wayarles asas. Untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles asas: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > General (Am). 2. Pilih 2.4GHz atau 5GHz sebagai jalur frekuensi untuk rangkaian wayarles anda. 3. Berikan nama unik yang mengandungi sehingga 32 aksara untuk SSID (Pengecam Set Perkhidmatan) atau nama rangkaian untuk mengenal pasti rangkaian wayarles anda.
NOTA: Anda boleh menugaskan SSID unik untuk jalur frekuensi 2.4GHz dan 5GHz. 4. Dalam medan Hide SSID (Sembunyi SSID), pilihYes (Ya) untuk mengelakkan peranti wayarles daripada mengesan SSID anda. Apabila fungsi ini didayakan, anda perlu memasukkan SSID secara manual pada peranti wayarles untuk mengakses rangkaian wayarles. 5. Pilih mana-mana pilihan mod wayarles ini untuk menentukan jenis peranti wayarles yang boleh bersambung ke penghala wayarles anda: • Auto: Pilih Auto untuk membenarkan peranti 802.
• WPA/WPA2 Peribadi/WPA Auto-Peribadi: Pilihan ini menyediakan keselamatan yang kukuh. Anda boleh menggunakan sama ada WPA (dengan TKIP) atau WPA2 (dengan AES). Jika anda memilih pilihan ini, anda perlu menggunakan penyulitan TKIP + AES dan masukkan ungkapan laluan WPA (kunci ragkaian). • WPA/WPA2 Peribadi/WPA Auto-Enterprise: Pilihan ini menyediakan keselamatan yang sangat kukuh. Ia adalah dengan pelayan EAP bersepadu atau pelayan pengesahan bahagian belakang luaran RADIUS. • Radius dengan 802.
3.12.2 WPS WPS (Persediaan Dilindungi Wi-Fi) adalah standard keselamatan wayarles yang membenarkan anda untuk menyambungkan peranti dengan mudah ke rangkaian wayarles. Anda boleh mengkonfigurasi fungsi WPS melalui kod PIN atau butang WPS. NOTA: Memastikan bahawa peranti menyokong WPS. Untuk mendayakan WPS pada rangkaian wayarles anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > WPS. 2. Dalam medan Dayakan WPS, gerakkan gelangsar ke HIDUP. 3.
NOTA: WPS menyokong pengesahan menggunakan Sistem Terbuka, WPA-Peribadi, dan WPA2-Peribadi. WPS tidak menyokong rangkaian wayarles yang menggunakan Kunci Dikunci, WPA-Enterprise, WPA2Enterprise, dan kaedaj penyulitan RADIUS. 4. Dalam medan Kaedah WPS, pilih kod Push Button (Butang Tolak) atau Client PIN (PIN Klien). Jika anda memilih Push Button (Butang Tolak), pergi ke langkah 5. Jika anda memilih kod Client PIN (PIN Klien), pergi ke langkah 6. 5.
3.12.3 Penghubung Penghubung atau WDS (Sistem Pengedaran Wayarles) membolehkan penghala wayarles ASUS anda untuk bersambung ke titik akses wayarles lain secara eksklusif, mengelakkan peranti wayarles lain atau stesen untuk mengakses penghala wayarles ASUS anda. Ia juga boleh dianggap sebagai pengulang wayarles di mana penghala wayarles ASUS anda berkomunikasi dengan titik akses lain dan peranti wayarles lain. Untuk menyediakan penghubung wayarles: 1.
• WDS Sahaja: Mendayakan ciri Penghubung Wayarles tetapi menghalang peranti/stesen wayarles lain daripada bersambung ke penghala. • HIBRID: Mendayakan ciri Penghubung Wayarles dan membenarkan peranti/stesen wayarles lain bersambung ke penghala. NOTA: Dalam mod Hibrid, peranti wayarles bersambung dengan penghala wayarles ASUS hanya akan menerima separuh kelajuan sambungan Titik Akses. 4.
3.12.4 Penapis MAC Wayarles Penapis MAC Wayarles memberikan kawalan ke atas paket yang dihantar ke alamat MAC (Kawalan Akses Media) yang dinyatakan pada rangkaian wayarles anda. Untuk menyediakan penapis Wayarles MAC: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > Wireless MAC Filter (Penapis MAC Wayarles). 2. Raitkan Yes (Ya) dalam medan Enable Mac Filter (Dayakan Penapis Mac). 3.
3.12.5 Seting RADIUS Tetapan RADIUS (Perkhidmatan Pengguna Dail Pengesahan Jauh) memberikan lapisan tambahan keselamatan semasa anda memilih WPA-Enterprise, WPA2-Enterprise, atau Radius dengan 802.1x sebagai Mod Pengesahan anda. Untuk menyediakan tetapan wayarles RADIUS: 1. Pastikan mod pengesahan penghala wayarles ditetapkan ke WPA-Enterprise, WPA2-Enterprise, atau Radius dengan 802.1x. NOTA: Sila rujuk bahagian 3.12.1 General (Umum) untuk mengkonfigurasikan Mod Pengesahan penghala wayarles anda. 2.
3.12.6 Profesional Skrin Profesional memberikan pilihan konfigurasi lanjutan. NOTA: Kami mengesyorkan anda menggunakan nilai lalai pada halaman ini. Dalam skrin Professional Settings (Tetapan Profesional), anda boleh mengkonfigurasikan yang berikut: • Jalur: Pilih jalur frekuensi yang tetapan profesional akan digunakan. • Mendayakan Radio: Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan perangkaian wayarles. Pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan perangkaian wayarles.
• Dayakan penjadual wayarles: Anda boleh memilih format jam sebagai 24 jam atau 12 jam. Warna dalam jadual menunjukkan Benarkan atau Tolak. Klik setiap bingkai untuk mengubah tetapan waktu bagi hari biasa dan klik OK apabila selesai. • Tetapkan pengasingan AP: Item Tetapkan pengasingan Ap menghalang peranti wayarles pada rangkaian anda daripada berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Ciri ini berguna jika ramai tetamu menyertai atau meninggalkan rangkaian annda secra kerap.
• Jenis Mukadimah: Jenis mukadimah mentakrifkan panjang masa yang penghala luangkan untuk CRC (Semakan Lewahan Kitar). CRC adalah kaedah mengesan ralat semasa penghantaran data. Pilih Short (Pendek) untuk rangkaian wayarles sibuk dengan trafik rangkaian tinggi. Pilih Long (Panjang) jika rangkaian wayarles anda terdiri daripada peranti wayarles lama atau legasi.
4 Utiliti NOTA: • • Muat turun dan pasangkan utiliti penghala wayarles daripada laman web ASUS: • Penemuan Peranti v1.4.8.3 di https://dlcdnets.asus.com/pub/ ASUS/LiveUpdate/Release/Wireless/Discovery.zip • Pemulihan Semula Perisian Tegar v2.1.0.3 di https://dlcdnets. asus.com/pub/ASUS/LiveUpdate/Release/Wireless/Rescue.zip • Utiliti Pencetak Windows v1.0.5.5 di http://dlcdnet.asus.com/ pub/ASUS/LiveUpdate/Release/Wireless/Printer.zip Utiliti tidak disokong pada MAC OS. 4.
4.2 Pemulihan Perisian Tegar Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar) digunakan pada Penghala Wayarles ASIS selepas penataran perisian tegar yang gagal dijalankan. Utiliti ini memuat naik fail perisian tegar ke penghala wayarles. Proses ini mengambil masa kira-kira tiga hingga empat minit. PENTING: Lancarkan mod menyelamat sebelum menggunakan utiliti Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar). NOTA: Ciri ini tidak disokong pada MAC OS.
3. Tetapkan IP statik pada komputer anda dan gunakan yang berikut untuk menyediakan tetapan TCP/IP anda: Alamat IP: 192.168.1.x Subnet mask: 255.255.255.0 4. Dari desktop komputer anda, klik Start (Mulakan) > All Programs (Semua Atur cara) > ASUS Utility (Utiliti ASUS) > Wireless Router (Penghala Wayarles) > Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar). 5. Untuk menavigasi ke fail perisian tegar, kemudian klik Upload (Muat naik).
5 Menyelesai Masalah Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di: http://support.asus.com/ untuk maklumat produk lanjut dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS. 5.1 Penyelesaian Masalah Asas Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian lanjut. Naik taraf Perisian Tegar ke versi terkini.
3. Daripada halaman Firmware Version (Versi Perisian Tegar), klik Check (Periksa) untuk mencari fail perisian tegar. 4. Klik Upload (Muat Naik) untuk menaik taraf perisian tegar. Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut: 1. Matikan modem. 2. Cabut keluar palam. 3. Matikan penghala dan komputer. 4. Palamkan modem. 5. Hidupkan modem dan tunggu selama 2 minit. 6. Hidupkan penghala dan tunggu selama 2 minit. 7. Hidupkan komputer. Periksa jika kabel Ethernet dipalam dengan betul.
• Beberapa modem kabel pembekal perkhidmatan memerlukan anda menggunakan alamat MAC komputer yang pada mulanya didaftarkan pada akaun. Anda boleh melihat alamat MAC dalam GUI web, halaman Network Map (Peta Rangkaian) > Clients (Klien), dan layangkan penunjuk tetikus di atas peranti anda dalam Client Status (Status Klien).
5.2 Soalan Lazim (FAQs) Saya tidak dapat mengakses GUI penghala menggunakan penyemak imbas web. • Jika komputer anda diwayarkan, periksa sambungan kabel Ethernet dan status LED seperti yang diterangkan dalam bahagian sebelum ini. • Pastikan anda menggunakan maklumat log masuk yang betul. Nama log masuk dan kata laluan kilang lalai adalah “admin/ admin”. Pastikan kunci Huruf Besar dinyahdaya semasa anda memasukkan maklumat log masuk. • Padam kuki dan fail dalam penyemak imbas anda.
Klien tidak dapat mewujudkan sambungan wayarles dengan penghala. NOTA: Jika anda mempunyai isu menyambung ke rangkaian 5GHz, pastikan peranti wayarles anda menyokong keupayaan 5GHz atau ciri dwi jalur. • Di Luar Jarak Lingkungan: • Letakkan penghala sebih dekat dengan klien wayarles. • Cuba untuk melaraskan antena penghala kepada arahan terbaik seperti yang diterangkan dalam bahagian 1.4 Positioning your router (Meletakkan penghala anda). • Pelayan DHCP telah dinyahdayakan: 1. Lancarkan Web GUI.
• SSID telah disembunyikan. Jika peranti anda boleh mencari SSID dari penghala lain tetapi tidak boleh mencari SSID penghala anda, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > General (Am), pilih No (Tidak) pada Hide SSID (Sembunyi SSID), dan pilih Auto pada Control Channel (Saluran Kawalan). • Jika anda menggunakan adapter LAN wayarles, periksa jika saluran wayarles yang digunakan mengikut saluran tersedia di negara/kawasan anda.
Internet tidak dapat diakses. • Periks jika penghala anda boleh bersambung ke alama IP WAN ISP anda. Untuk melakukannya, lancarkan GUI web dan pergi ke General (Am) > Network Map (Peta Rangkaian), dan periksa Internet Status (Status Internet).
• Jika masih tiada akses Internet, cuba but semula komputer anda dan sahkan alamat IP rangkaian dan alamat get laluan. • Periksa penunjuk status pada modem ADSL dan penghala wayarles. Jika LED WAN pada penghala wayarles tidak HIDUP, periksa jika semua kabel dipalam dengan betul. Anda terlupa SSID (nama rangkaian) atau kata laluan rangkaian • Sediakan SSID dan kunci penyulitan baru melalui sambungan berwayar (kabel Ethernet).
Tidak dapat mengakses GUI Web Sebelum anda mengkonfigurasikan penghala wayarles anda, lakukan langkah yang diterangkan dalam bahagian ini untuk komputer hos dan klien rangkaian anda. A. Nyahdayakan sebarang pelayan proksi yang dikonfigurasikan. Windows® 1. Klik Start (Mula) > Internet Explorer untuk melancarkan penyemak imbas. 2. Klik Tools (Alatan) > Internet options (Pilihan Internet) > Connections (Sambungan) > LAN settings (Tetapan LAN). 3.
MAC OS 1. Dari penyemak imbas Safari anda, klik Safari (Safari) > Preferences (Keutamaan) > Advanced (Lanjutan)> Change Settings... (Tukar Tetapan...). 2. Dari skrin Network (Rangkaian), buang tanda FTP Proxy (FTP Proksi) dan Web Proxy (HTTP) (Proksi Web). 3. Klik Apply Now (Guna Sekarang) setelah selesai. NOTA: Rujuk ciri bantuan penyemak imbas anda untuk butiran mengenai menyahdaya pelayan proksi. B. Menetapkan tetapan TCP/IP untuk dapatkan alamat IP secara automatik. Windows® 1.
2. Klik Sifat untuk memaparkan tetingkap Sifat Ethernet. 3. Pilih Protokol Internet Versi 4 (TCP/IPv4) atau Protokol Internet Versi 6 (TCP/IPv6), kemudian klik Properties (Ciriciri). 4. Untuk mendapatkan tetapan IP IPv4 secara automatik, tandakan Obtain an IP address automatically (Dapatkan alamat IP secara automatik). Untuk mendapatkan tetapan IP IPv6 secara automatik, tandakan Obtain an IP address automatically (Dapatkan alamat IP secara automatik). 5. Klik OK setelah selesai.
MAC OS 1. Klik ikon Apple terletak di bahagian atas sebelah kiri skrin anda. 2. Klik System Preferences (Keutamaan Sistem) > Network (Rangkaian) > Configure... (Konfigurasi...). 3. Dari tab TCP/IP, pilih Using DHCP (Menggunakan DHCP) dalam senarai jatuh bawah Configure IPv4 (Konfigurasi IPv4). 4. Klik Apply Now (Guna Sekarang) setelah selesai. NOTA: Rujuk bantuan dan ciri sokongan sistem operasi anda untuk butiran mengenai mengkonfigurasi tetapan TC/IP komputer anda. C.
Lampiran GNU General Public License Licensing information This product includes copyrighted third-party software licensed under the terms of the GNU General Public License. Please see The GNU General Public License for the exact terms and conditions of this license. All future firmware updates will also be accompanied with their respective source code. Please visit our web site for updated information. Note that we do not offer direct support for the distribution.
When we speak of free software, we are referring to freedom, not price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you have the freedom to distribute copies of free software (and charge for this service if you wish), that you receive source code or can get it if you want it, that you can change the software or use pieces of it in new free programs; and that you know you can do these things.
Finally, any free program is threatened constantly by software patents. We wish to avoid the danger that redistributors of a free program will individually obtain patent licenses, in effect making the program proprietary. To prevent this, we have made it clear that any patent must be licensed for everyone’s free use or not licensed at all. The precise terms and conditions for copying, distribution and modification follow. Terms & conditions for copying, distribution, & modification 0.
You may charge a fee for the physical act of transferring a copy, and you may at your option offer warranty protection in exchange for a fee. 2.
These requirements apply to the modified work as a whole. If identifiable sections of that work are not derived from the Program, and can be reasonably considered independent and separate works in themselves, then this License, and its terms, do not apply to those sections when you distribute them as separate works.
c) Accompany it with the information you received as to the offer to distribute corresponding source code. (This alternative is allowed only for noncommercial distribution and only if you received the program in object code or executable form with such an offer, in accord with Subsection b above.) The source code for a work means the preferred form of the work for making modifications to it.
Therefore, by modifying or distributing the Program (or any work based on the Program), you indicate your acceptance of this License to do so, and all its terms and conditions for copying, distributing or modifying the Program or works based on it. 6. Each time you redistribute the Program (or any work based on the Program), the recipient automatically receives a license from the original licensor to copy, distribute or modify the Program subject to these terms and conditions.
on consistent application of that system; it is up to the author/ donor to decide if he or she is willing to distribute software through any other system and a licensee cannot impose that choice. This section is intended to make thoroughly clear what is believed to be a consequence of the rest of this License. 8.
NO WARRANTY 11 BECAUSE THE PROGRAM IS LICENSED FREE OF CHARGE, THERE IS NO WARRANTY FOR THE PROGRAM, TO THE EXTENT PERMITTED BY APPLICABLE LAW. EXCEPT WHEN OTHERWISE STATED IN WRITING THE COPYRIGHT HOLDERS AND/OR OTHER PARTIES PROVIDE THE PROGRAM “AS IS” WITHOUT WARRANTY OF ANY KIND, EITHER EXPRESSED OR IMPLIED, INCLUDING, BUT NOT LIMITED TO, THE IMPLIED WARRANTIES OF MERCHANTABILITY AND FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE. THE ENTIRE RISK AS TO THE QUALITY AND PERFORMANCE OF THE PROGRAM IS WITH YOU.
Perkhidmatan dan Sokongan Lawati laman web kami yang pelbagai bahasa di https://www.asus.com/support.