User's Manual

41
5. Dalam medan IP Pool Ending Address (Alamat Akhir
Kumpulan IP), masukkan alamat IP akhir.
6. Dalam medan Lease Time (Masa Pajakan), nyatakan dalam
saat bila alamat IP yang diuntukkan akan tamat tempoh. Sebaik
sahaja ia mencapai had masa ini, pelayan DHCP kemudiannya
akan menguntukkan alamat IP yang baru.
NOTA:
ASUS menyarankan agar anda menggunakan format alamat IP
192.168.50.xxx (di mana xxx boleh jadi sebarang nombor antara 2
dan 254) apabila menyatakan julat alamat IP.
IP Pool Starting Address (Alamat Permulaan Kumpulan IP) tidak
boleh melebihi Alamat Akhir Kumpulan IP).
7. Dalam bahagian DNS and Server Settings (Tetapan DNS dan
Pelayan), masukkan alamat IP Pelayan DNS dan Pelayan WINS
jika diperlukan.
8. Penghala wayarles ada juga boleh menugaskan alamat IP
kepada peranti pada rangkaian secara manual. Pada medan
Enable Manual Assignment (Dayakan Tugasan Manual),
pilih Yes (Ya) untuk menugaskan alamat IP ke alamat MAC
khusus pada rangkaian. Sehingga 32 alamat MAC boleh
ditambah pada senarai DHCP untuk penugasan manual.