User's Manual

55
Untuk membuang DMZ:
1. Padam alamat IP LAN klien dari kotak teks IP Address of
Exposed Station (Alamat IP Stesen Terdedah).
2. Apabila selesai, klik Apply (Guna).
3.11.5 DDNS
Menyediakan DDNS (DNS Dinamik) membolehkan anda
mengakses penghala daripada luar rangkaian anda melalui
Perkhidmatan DDNS ASUS atau perkhidmatan DDNS lain.
Untuk menyediakan DDNS:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > WAN > DDNS.
2. Kongurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik
Apply (Guna).
Mendayakan Klien DDNS: Dayakan DDNS untuk mengakses
penghala ASUS melalui nama DNS dan bukannya alamat IP
WAN.
Pelayan dan Nama Hos: Pilih DDNS ASUS atau DDNS lain.
Jika anda ingin menggunakan DDNS ASUS, isi Nam Hos dalam
format xxx.asuscomm.com (xxx adalah nama hos anda).