User's Manual

82
• Annex Mode (Mod Aneks): Peranti ini menyokong Varian DSL
yang berbeza (Aneks) – Aneks A, Aneks I, Aneks A/L, Aneks M,
A/J/J/L/M (berbilang mod), Aneks B, Aneks B/J (berbilang mod).
Hubungi ISP anda untuk mengetahui kepelbagaian DSL (aneks)
yang digunakan pada talian DSL anda.
• Dynamic Line Adjustment (Pelarasan Talian Dinamik) (ADSL):
Fungsi ini membenarkan sistem mengawasi dan mengekalkan
kestabilan talian ADSL. Fungsi ini didayakan secara lalai dan
sistem melaksanakan perubahan yang sepadan berdasarkan
keadaan talian ADSL semasa.
• Stability Adjustement (Pelarasan Kestabilan) (ADSL): Ia
membenarkan anda mengkongurasi Ofset Nisbah Isyarat-
ke-Hingar. Tetapkan nilai untuk item ini berdasarkan keadaan
berikut:
• Normal DSL connection (Sambungan DSL normal): Tetapkan
nilai daripada 1 dB ~ 10dB untuk prestasi maksimum.
• Unstable or no ADSL connection (Sambungan ADSL tidak
stabil atau tiada sambungan ADSL): Tetapkan nilai kepada
negatif dB seperti -1 dB.
• Persistent issue with unstable or no ADSL connection
(Masalah berterusan dengan tiada sambungan ADSL atau
sambungan ADSL tidak stabil): Tetapkan nilai daripada -2dB ~
-10 dB untuk kestabilan maksimum.
• Rx AGC GAIN Adjustment (Pelarasan GANDAAN AGC Rx)
(ADSL): Membenarkan anda mengkongurasi GANDAAN AGC
Rx (Kawalan Gandaan Auto) untuk talian ADSL anda. Anda boleh
menetapkan item ini ke mana-mana mod ini:
• Stable (Stabil): Pilih mod ini untuk mendapatkan sambungan
ADSL yang stabil.
• High Performance (Prestasi Tinggi): Pilih mod ini untuk
meningkatkan kelajuan hiliran semasa.
• Default (Lalai): Pilih mod ini untuk penghala modem xDSL anda
menugaskan mod yang sesuai secara automatik untuk talian ADSL
anda.
• Stability Adjustment (Pelarasan Kestabilan) (VDSL): Ia
membenarkan anda mengkongurasi SNRM sasaran (Margin
Nisbah Isyarat-ke-Hingar) untuk sambungan VDSL anda. Semasa
mengkongurasi item ini, anda boleh mempertimbangkan
senario berikut:
• Untukprestasihiliranmaksimum,tetapkaniteminikepadanilai
lebih rendah daripada asal (seperti daripada 8dB hingga 7dB atau
lebih rendah)..