User's Manual

21
4. Dari senarai jatuh bawah Security Level (Tahap
Keselamatan), pilih kaedah penyulitan untuk rangkaian
wayarles anda.
PENTING! IEEE 802.11n/ac standard melarang menggunakan
High Throughput (Truhput Tinggi) dengan WEP atau WPA-TKIP sebagai
sifer unisiar. Jika anda menggunakan kaedah penyulitan ini, kadar data
anda akan merosot kepada sambungan IEEE 802.11g 54Mbps.
5. Masukkan WPA-PSK key (Kunci WPA-PSK) anda (kunci laluan
keselamatan).
6. Klik Apply (Guna) setelah selesai.
3.1.2 Menguruskan klien rangkaian anda
Untuk menguruskan klien rangkaian anda:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab General (Am) > Network
Map (Peta Rangkaian)
2. Pada skrin Peta Rangkaian, pilih ikon Client Status (Status
Klien) untuk memaparkan maklumat rangkaian klien anda.
3. Untuk menyekat akses klien ke rangkaian anda, pilih klien dan
klik block (sekat).