User's Manual

66
3. Dalam medan Mod AP, pilih mana-mana pilihan ini:
• APSahaja: Nyahdaya fungsi Penghubung Wayarles.
• WDSSahaja: Mendayakan ciri Penghubung Wayarles
tetapi menghalang peranti/stesen wayarles lain daripada
bersambung ke penghala.
• HIBRID: Mendayakan ciri Penghubung Wayarles dan
membenarkan peranti/stesen wayarles lain bersambung ke
penghala.
NOTA: Dalam mod Hibrid, peranti wayarles bersambung dengan
penghala wayarles ASUS hanya akan menerima separuh kelajuan
sambungan Titik Akses.
4. Dalam medan Connect to APs in list (Sambung ke AP dalam
senarai) , klik Yes (Ya) jika anda ingin bersambung ke Titik
Akses yang disenarai dalam Senarai AP Jauh.
5. Secara lalai, saluran pengendalian/kawalan untuk jambatan
wayarles ditetapkan kepada Auto untuk membolehkan
penghala memilih saluran secara automatik dengan jumlah
gangguan paling sedikit.
Anda boleh mengubah suai tab Control Channel (Saluran
Kawalan) daripada Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) >
Wireless (Wayarles) > General (Am).
NOTA: Ketersediaan saluran berbeza bagi setiap negara atau rantau.
6. Pada Senarai AP Jauh, masukkan alamat MAC dan klik butang
Add (Tambah)
untuk memasukkan alamat MAC Titik Akses
tersedia lain.
NOTA: Mana-mana Titik Akses ditambah ke senarai perlu berada
pada Saluran Kawalan yang sama seperti penghala wayarles ASUS.
7. Klik Apply (Guna).