User's Manual

Table Of Contents
116
wayarles sibuk dengan trafik rangkaian tinggi. Pilih Long
(Panjang) jika rangkaian wayarles anda terdiri daripada
peranti wayarles lama atau legasi.
AMPDU RTS: Dayakan fungsi ini membenarkan anda
membina sekumpulan bingkai sebelum ia dihantar dan
menggunakan RTS untuk setiap AMPDU bagi komunikasi
antara peranti 802.11g dan 802.11b.
Ambang RTS: Pilih nilai yang lebih rendah untuk Ambang
RTS (Meminta untuk Dihantar) bagi meningkatkan
komunikasi wayarles dalam rangkaian wayarles sibuk atau
bising dengan trafik rangkaian tinggi dan banyak peranti
wayarles.
Jarak Waktu DTIM: Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan
Lalu Lintas Penghantaran) atau Julat Data Isyarat adalah jarak
masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles dalam
mod tidur menunjukkan bahawa paket data menunggu
penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat.
Jarak Waktu Isyarat: Jarak Waktu Isyarat adalah masa
antara satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100
milisaat. Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk
sambungan wayarles tidak stabil atau untuk peranti
perayauan.
Mendayakan Pecahan TX: Mendayakan Pecahan TX
memperbaiki kelajuan penghantaran di antara penghala
wayarles dan peranti 802.11g.
Mendayakan WMM APSD: Mendayakan WMM APSD
(Penghantaran Jimat Kuasa Automatik Multimedia Wi-Fi)
untuk memperbaiki pengurusan kuasa di antara peranti
wayarles. Pilih Disable (Nyahdaya) untuk mematikan WMM
APSD.
Mengurangkan gangguan USB 3.0: Dayakan fungsi
ini memastikan prestasi wayarles terbaik pada jalur 2.4
GHz. Menyahdayakan ciri ini meningkatkan kelajuan
penghantaran port USB 3.0 dan boleh menjejaskan julat
wayarles 2.4 GHz.
Optimumkan pengagregatan AMPDU: Optimumkan
bilangan maksimum MPDU dalam AMPDU dan mengelak
paket hilang atau rosak semasa penghantaran dalam saluran
wayarles ralat mudah
QAM Turbo: Dayakan fungsi ini membenarkannya
menyokong 256-QAM (MCS 8/9) pada jalur 2.4GHz untuk
mencapai julat yang lebih baik dan daya pemprosesan pada
frekuensi tersebut.