User's Manual

Table Of Contents
23
AiMesh untuk mencari nod AiMesh tersedia yang berdekatan
untuk menyertai sistem AiMesh anda. Sistem AiMesh
menyediakan liputan seluruh rumah dan pengurusan
berpusat.
3. Klik Apply (Guna).
NOTA: Penghalan ini akan but semula bila anda menukar
mod.
3.2.2 Sistem
Halaman System (Sistem) membolehkan anda mengkonfigurasikan
tetapan penghala anda.
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) >
System (Sistem).
2. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berikut:
Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh
menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles
dengan memasukkan nama dan kata laluan baru.
Zon Masa: Pilih zon masa rangkaian anda.
Pelayan NTP: Penghala wayarles boleh mengakses pelayan
NTP (Protokol Masa Rangkaian) untuk menyegerakkan masa.
Dayakan Telnet: Klik Yes (Ya) untuk mendayakan
perkhidmatan Telnet pada rangkaian. Klik No (Tidak) untuk
menyahdayakan Telnet.
Kaedah Pengesahan: Anda boleh memilih HTTP, HTTPS,
atau kedua-dua protokol untuk menjamin akses penghala.
Dayakan Akses Web daripada WAN: Pilih Yes (Ya) untuk
membolehkan peranti di luar rangkaian untuk mengakses
tetapan GUI penghala wayarles. Pilih No (Tidak) untuk
menghalang akses.
Hanya benarkan IP tertentu: Klik Yes (Ya) jika anda ingin
menentukan alamat IP peranti yang dibenarkan mengakses
tetapan GUI penghala wayarles daripada WAN.
Senarai Klien: Masukkan alamat IP WAN peranti
perangkaian dibenarkan untuk mengakses tetapan penghala
wayarles. Senarai ini akan digunakan jika anda mengklik Yes
(Ya) dalam item Only allow specific IP (Hanya benarkan IP
tertentu).
3. Klik Apply (Guna).