User's Manual

Table Of Contents
85
2. Daripada senarai folder, pilih jenis kebenaran akses yang anda
ingin tugaskan untuk folder khusus:
R/W: Pilih untuk menugaskan akses baca/tulis folder khusus.
W: Pilih untuk menugaskan akses tulis sahaja folder khusus.
R: Pilih untuk menugaskan akses baca sahaja folder khusus.
Tidak: Pilih pilihan ini jika anda tidak mahu berkongsi folder
fail khusus.
3. Jika anda lebih gemar, anda boleh menetapkan medan Allow
anonymous login (Benarkan log masuk tanpa nama)
kepada ON (HIDUP).
4. Dalam medan Maximum number of concurrent connections
(Bilangan maksimum sambungan serentak), masukkan
bilangan peranti yang boleh menyambung secara serentak ke
pelayan kongsi FTP.
5. Klik Apply (Guna) untuk mengesahkan perubahan.
6. Untuk mengakses pelayan FTP masukkan pautan ftp
ftp://<hostname>.asuscomm.com dan nama pengguna dan
kata laluan anda pada penyemak imbas web atau utiliti FTP
pihak ketiga.