User's Manual

Table Of Contents
96
Port Picu: Tentukan port picu untuk membukan port masuk.
Protokol: Pilih protokol, TCP, atau UDP.
Port Masuk: Nyatakan port masuk untuk menerima data
masuk daripada Internet.
5. Klik Add (Tambah)
untuk memasukkan maklumat
pemicu port ke senarai. Klik butang Delete (Padam) untuk
mengalih keluar entri pemicu port daripada senarai.
6. Apabila selesai, klik Apply (Guna).
NOTA:
Apabila menyambung ke pelayan IRC, PC klien membuat
sambungan keluar menggunakan julat port picu 66660-7000.
Pelayan IRC respons dengan mengesahkan nama pengguna dan
mencipta sambungan baru kepada PC klien menggunakan port
masuk.
Jika Picu Port dinyahdayakan, penghala menjatuhkan sambungan
kerana ia tidak boleh menentukan PC yang mana yang meminta
akses IRC. Apabila Picu Port didayakan, penghala menugaskan
port masuk untuk menetapkan data masuk. Port masuk ini
ditutup apabila tempoh masa khusus telah berlalu kerana
penghala tidak pasti apabila aplikasi telah ditamatkan.
Picu port hanya membenarkan satu klien dalam rangkaian
menggunakan perkhidmatan tertentu dan port masuk khusus
pada masa yang sama.
Anda tidak boleh menggunakan aplikasi yang sama untuk
memicu port dalam lebih daripada satu PC pada masa yang sama.
Penghala hanya memajukan port semula ke komputer terakhir
yang menghantar permintaan/picu penghala.