User's Manual

Table Of Contents
97
3.20.4 Pelayan Maya/Pemajuan Port
Pemajuan por adalah kaedah untuk menghala trafik rangkaian
dari Internet ke port khusus atau julat port khusus ke satu
peranti atau beberapa peranti pada rangkaian tempatan anda.
Menyediakan Pemajuan Port pada penghala anda membenarkan
PC di luar rangkaian untuk mengakses perkhidmatan khusus yang
diberikan oleh PC dalam rangkaian anda.
Untuk menyediakan Pemajuan Port:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > WAN > Virtual Server / Port
Forwarding (Pelayan Maya / Pemajuan Port).
2. Pada medan Enable Port Forwarding (Dayakan Pemajuan
Port), raitkan Yes (Ya).
3. Pada medan Famous Server List (Senarai Pelayan
Terkemuka), pilih jenis perkhidmatan yang anda ingin akses.
4. Pada medan Famous Game List (Senarai Permainan
Terkemuka), pilih permainan popular yang anda ingin akses.