User's Manual

Table Of Contents
98
Item ini menyenaraikan port yang diperlukan untuk permainan
dalam talian popular pilihan anda berfungsi dengan betul.
5. Pada jadual Port Forwarding List (Senarai Pemajuan Port),
masukkan maklumat berikut:
Nama Perkhidmatan: Masukkan nama perkhidmatan.
Julat Port: Jika anda mahu menentukan Liputan Port
untuk klien pada rangkaian yang sama, masukkan Nama
Perkhidmatan, Liputan Port (cth. 10200:10300), alamat
IP LAN dan biarkan Port Setempat kosong. Liputan port
menerima pelbagai format seperti Liputan Port (300:350),
port individu (566,789) atau Campuran (1015:1024,3021).
NOTA:
Apabila tembok api rangkaian anda dinyahdayakan dan
anda menetapkan 80 sebagai julat port pelayan HTTP untuk
penyediaan WAN anda, kemudian pelayan http/pelayan web akan
bercanggah dengan antara muka pengguna web penghala.
Rangkaian menggunakan port untuk menukar data, dengan
setiap port ditugaskan nombor port dan tugasan khusus. Sebagai
contoh, port 80 digunakan untuk HTTP. Port khusus hanya boleh
digunakan oleh satu aplikasi aau perkhidmatan pada satu masa.
Oleh itu, dua PC mencuba untuk mengakses data melalui port
yang sama pada masa yang sama akan gagal. Sebagai contoh,
anda tidak boleh menyediakan Pemajuan Port untuk port 100
untuk dua PC pada masa yang sama.
IP Tempatan: Masukkan alamat IP LAN klien.
NOTA: Gunakan alamat IP statik untuk klien setempat untuk
menjadikan pemajuan port berfungsi dengan baik. Rujuk bahagian
3.12 LAN untuk maklumat.
Port Setempat: Masukkan port khusus untuk menerima
paket yang dimajukan. Biarkan medan ini kosong jika anda
mahu paket masuk dihalakan semula ke julat port yang
dinyatakan.