User's Manual

118
Dasar Pemilihan STA
Sebaik sahaja pemanduan telah dipicu, ASUSWRT akan mengikut
Dasar Pemilihan STA untuk memilih klien(STA) yang akan dipandu
ke jalur yang paling sesuai.
Pemilihan Antara Muka dan Prosedur Layak
Kawalan-kawalan ini menentukan di mana klien yang dipandu
akan berakhir. Kawalan Target Band (Jalur Sasaran) menentukan
pilihan sasaran pemanduan pertama dan kedua. Klien yang
memenuhi kriteria dasar pemilihan STA untuk radio akan dipandu
ke sasaran pertama jika Bandwidth Utilization (Penggunaan
Lebar Jalur) radio tersebut kurang daripada nilai yang ditetapkan.
Jika tidak, klien akan dihantar ke radio Target Band (Jalur
Sasaran) kedua.
Pengesanan Lantunan
Set kawalan ini menentukan sekerap mana klien boleh dipandu.
Ini dimaksudkan untuk menghalang klien daripada sentiasa
bergerak ke sana sini. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang
klien daripada terputus sambungan dengan sendiri atau
mengiranya sebagai lantunan jika berlaku. Setiap klien yang
boleh dipandu, N Counts (Kiraan) dalam Window Time (Waktu
Tetingkap). Apabila mencecah had Kiraan, klien tidak akan
dipandu lagi untuk Dwell Time (Waktu Diam).