User's Manual

19
3 Mengkongurasikan Tetapan
Umum Pusat Permainan ROG
3.1 Melog masuk ke GUI web
Penghala Wayarles ROG anda menggunakan antara muka
pengguna berasaskan web - Pusat Permainan ROG, yang
memberikan anda kawalan rangkaian sepenuhnya, dengan
maklumat yang perlu diketahui seperti status peranti yang
bersambung dan nilai ping permainan-pelayan seluruh dunia dan
akses segera ke semua ciri permainan yang menakjubkan.
NOTA: Ciri mungkin berbeza dengan versi perisian tegar berbeza.
Untuk log masuk ke GUI web:
1. Di penyemak imbas web anda, masukkan alamat IP lalai
penghala wayarles secara manual: http://router.asus.com.
2. Pada halaman log masuk, masukkan nama pengguna lalai
(admin) dan kata laluan yang telah anda tetapkan dalam 2.2
Penyediaan Internet Pantas (QIS) dengan Pengesanan
Auto.
3. Anda sekarang boleh menggunaka GUI Web untuk
mengkongurasikan pelbagai tetapan Penghala Wayarles ASUS
anda.