Quick Start Guide

Bahasa Malaysia
29
Pilihan B: Menggunakan WPS (Persediaan Dilindungi Wi-Fi)
1. Tekan butang WPS di sisi Peluas Julat selama lebih daripada dua saat, sehingga penunjuk sistem menyala.
2. Tekan butang WPS pada penghala selama dua minit.
NOTA: Rujuk kepada manual penghala untuk lokasi butang WPS. Semasa menggunakan sambungan WPS, anda boleh menyambung
hanya kepada satu jalur pada satu masa meskipun penghala adalah dwijalur.
3. Semak sama ada penunjuk sistem Peluas Julat bertukar menjadi warna biru
padu, yang menunjukkan bahawa Peluas Julat telah berjaya bersambung
kepada rangkaian wayarles. Nama rangkaian wayarles Peluas Julat (SSID)
bertukar kepada nama rangkaian Wi-Fi anda yang sedia ada, berakhir dengan
_RPT atau _RPT5G. Contohnya:
Nama rangkaian Wi-Fi sedia ada: NetworkName sedia ada
Nama rangkaian 2.4GHz Peluas baru: NetworkName_RPT sedia ada
Nama rangkaian 5GHz Peluas baru: NetworkName_RPT5G sedia ada
Untuk menyambung peranti Wi-Fi tambahan kepada rangkaian Peluas anda, gunakan kata laluan rangkaian yang sama seperti peng-
kala wayarles anda yang sedia ada.
Penunjuk Isyarat
Untuk mendapatkan prestasi terbaik, letakkan Peluas Julat antara penghala dan peranti wayarles anda.
Penunjuk isyarat 2.4GHz & 5GHz menunjukkan prestasi sambungan dari Peluas Julat kepada Penghala. Rujuk kepada penunjuk LED
dalam bahagian A Quick Look (Melihat Sepintas Lalu).
Jika penghala tidak menyokong atau mempunyai isyarat 5GHz yang lemah, hanya lampu penunjuk isyarat 2.4GHz akan menyala.
Jika tiada lampu penunjuk isyarat 2.4GHz yang menyala, cari semula rangkaian dalam Option A (Pilihan A) atau pastikan penghala
anda menyokong WPS dalam Option B (Pilihan B).
Alihkan Peluas Julat
Apabila sambungan selesai, cari Peluas Julat antara penghala dan peranti
wayarles untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik.
NOTA: Untuk mendapatkan prestasi sambungan terbaik, pastikan sekurang-
kurangnya dua penunjuk isyarat menyala.
apac8873_rp-ac52_qsg.indb 29 15/01/14 8:50:54