User's Manual

Table Of Contents
82
4.7.2 Sistem
Halaman System (Sistem) membolehkan anda
mengkongurasikan tetapan penghala anda.
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) >
System (Sistem).
2. Anda boleh mengkongurasi tetapan berikut:
• Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh
menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles
dengan memasukkan nama dan kata laluan baru.
• Kelakuan butang WPS: Butang zikal WPS pada penghala
wayarles boleh digunakan untuk mengaktifkan WPS.
• Zon Masa: Pilih zon masa rangkaian anda.
• Pelayan NTP: Penghala wayarles boleh mengakses pelayan
NTP (Protokol Masa Rangkaian) untuk menyegerakkan masa.
• Dayakan Telnet: Klik Yes (Ya) untuk mendayakan
perkhidmatan Telnet pada rangkaian. Klik No (Tidak) untuk
menyahdayakan Telnet.
• Kaedah Pengesahan: Anda boleh memilih HTTP, HTTPS,
atau kedua-dua protokol untuk menjamin akses penghala.
• Dayakan Akses Web daripada WAN: Pilih Yes (Ya) untuk
membolehkan peranti di luar rangkaian untuk mengakses
tetapan GUI penghala wayarles. Pilih No (Tidak) untuk
menghalang akses.
• Hanya benarkan IP tertentu: Klik Yes (Ya) jika anda ingin
menentukan alamat IP peranti yang dibenarkan mengakses
tetapan GUI penghala wayarles daripada WAN.
• Senarai Klien: Masukkan alamat IP WAN peranti
perangkaian dibenarkan untuk mengakses tetapan penghala
wayarles. Senarai ini akan digunakan jika anda mengklik Yes
( Ya) dalam item Only allow specic IP (Hanya benarkan IP
tertentu).
3. Klik Apply (Guna).