Panduan Pengguna RT-AX55 Penghala Wi-Fi Jalur Dual
MY18121 Edisi Pertama Januari 2022 Hak cipta © 2022 ASUSTeK COMPUTER INC. Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada manual ini, termasuk produk dan perisian yang diterangkan di dalamnya boleh dikeluarkan semula, dipindahkan, ditranskrip, disimpan dalam sistem pengambilan, atau diterjemah ke dalam sebarang bahasa dalam sebarang bentuk atau apa-apa kaedah, kecuali dokumentasi yang disimpan oleh pembeli untuk tujuan sandaran, tanpa kebenaran tersurat bertulis ASUSTeK COMPUTER INC. (“ASUS”).
Kandungan 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Mengenali penghala wayarles anda Selamat datang!.............................................................................6 Kandungan pakej..........................................................................6 Penghala wayarles anda.............................................................7 Menetapkan kedudukan penghala anda.............................9 Keperluan Penyediaan............................................................. 10 Penyediaan Penghala.
Kandungan 4 4.1 Mengkonfigurasikan Tetapan Lanjutan Wayarles........................................................................................ 35 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 4.2 LAN.................................................................................................. 47 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.3 Sambungan Internet.............................................................52 Picu Port....................................................................................
Kandungan 4.6 Pentadbiran.................................................................................. 68 4.6.1 4.6.2 4.6.3 4.6.4 4.7 Mod Operasi.............................................................................68 Sistem.........................................................................................69 Menatarkan perisian tegar.................................................70 Tetapan Pemulihan/Penyimpanan/Memuat Naik......70 Log Sistem...........................................
1 Mengenali penghala wayarles anda 1.1 Selamat datang! Terima kasih kerana membeli Penghala Wayarles ASUS RT-AX55! RT-AX55 yang ultra nipis dan bergaya menampilkan dwi jalur 2.4GHz dan 5GHz untuk penstriman HD wayarles serentak tidak sepadan dan Teknologi Rangkaian Hijau ASUS, yang menyediakan sehingga 70% penyelesaian penjimatan kuasa. 1.
1.3 Penghala wayarles anda LED 5GHz Mati: Tiada isyarat 5GHz. Hidup: Sistem wayarles sudah sedia. Berkelip: Menghantar atau menerima data melalui sambungan wayarles. LED 2.4GHz Mati: Tiada isyarat 2.4GHz. Hidup: Sistem wayarles sudah sedia. Berkelip: Menghantar atau menerima data melalui sambungan wayarles. LAN LED Mati: Tiada kuasa atau sambungan fizikal. Hidup: Mempunyai sambungan fizikal ke rangkaian kawasan setempat (LAN). WAN (Internet) LED Merah: Tiada IP atau sambungan fizikal.
Port Kuasa (DCIN) Masukkan adapter AC yang diletakkan bersama ke dalam port ini dan sambung penghala anda ke sumber kuasa. Port WAN (Internet) Sambung kabel rangkaian ke dalam port ini untuk membentuk sambungan WAN. Port LAN 1~ 4 Sambung kabel rangkaian ke dalam port ini untuk membentuk sambungan LAN. NOTA: 8 • Hanya guna adapter yang disertakan bersama pakej anda. Menggunakan adapter lain boleh merosakkan peranti. • Spesifikasi: Adapter Kuasa DC Output DC: +12V dengan arus maksimum 1A/1.
1.4 Menetapkan kedudukan penghala anda Untuk mendapatkan prestasi rangkaian wayarles yang terbaik daripada penghala wayarles anda, ikuti saranan di bawah: • Letakkan penghala wayarles di tengah-tengah rangkaian anda untuk liputan wayarles yang maksimum. • Pastikan peranti berada jauh dari sekatan logam dan jauh dari cahaya matahari langsung. • Pastikan peranti berada jauh dari peranti Wi-Fi 802.11g atau 20MHz sahaja, persisian komputer 2.
1.5 Keperluan Penyediaan Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut: • Port Ethernet RJ-45 (LAN) (10Base-T/100Base-TX/ 1000Base-TX) • Keupayaan wayarles IEEE 802.11a/b/g/n/ac/ax • Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang • Penyemak imbas Web seperti Microsoft Internet Explorer, Firefox, Safari, atau Google Chrome NOTA: 10 • Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina dalam, pasang penyesuai IEEE 802.
1.6 Penyediaan Penghala PENTING! • Gunakan sambungan berwayar semasa menyediakan penghala wayarles anda untuk mengelakkan isu penyediaan wayarles yang mungkin berlaku. • Sebelum menyediakan penghala wayarles ASUS anda, lakukan yang berikut: • Jika anda sedang menggantikan penghala yang sedia ada, tanggalkannya daripada rangkaian anda. • Putuskan sambungan kabel/wayar dari modem anda yang sedia ada. Jika modem anda mempunyai bateri sandaran, tanggalkannya juga. • But semua komputer anda (disarankan).
1.6.1 Sambungan berwayar NOTA: Penghala wayarles anda menyokong kedua-dua kabel tembus lalu atau silang atas semasa menyediakan sambungan berwayar. RT-AX55 b Wall Power Outlet Power LAN LINE d Laptop Modem a c LAN RESET PWR WAN Untuk menyediakan rangkaian menggunakan sambungan berwayar: 1. Masukkan penyesuai AC penghala wayarles anda ke port DC-In dan pasangkannya ke dalam alur keluar kuasa. 2. Menggunakan kabel rangkaian kelompok, sambungkan computer anda ke port LAN penghala wayarles anda.
1.6.2 Sambungan wayarles Smart phone RT-AX55 Tablet Wall Power Outlet Power Modem LINE c Laptop a b LAN RESET PWR WAN Untuk menyediakan rangkaian wayarles anda: 1. Masukkan penyesuai AC penghala wayarles anda ke port DC-In dan pasangkannya ke dalam alur keluar kuasa. 2. Menggunakan kabel rangkaian kelompok, sambungkan modem anda ke port WAN penghala wayarles anda. 3. Masukkan penyesuai AC modem anda ke port DC-In dan pasangkannya ke dalam alur keluar kuasa. 4. Pasang penyesuai IEEE 802.
2 Bermula 2.1 Melog masuk ke GUI web Penghala Wayarles ASUS anda menggunakan antara muka pengguna berasaskan web yang membolehkan anda untuk mengkonfigurasi penghala menggunakan sebarang penyemak imbas web seperti Internet Explorer, Firefox, Safari, atau Google Chrome. NOTA: Ciri mungkin berbeza dengan versi perisian tegar berbeza. Untuk log masuk ke GUI web: 1. Di penyemak imbas web anda, masukkan alamat IP lalai penghala wayarles secara manual: http://router.asus.com. 2.
2.2 Persediaan Internet Cepat (QIS) dengan pengesanan auto Ciri Persediaan Internet Cepat (QIS) membimbing anda untuk menyediakan sambungan Internet anda dengan cepat. NOTA: Semasa menetapkan sambungan Internet buat pertam kali, tekan butang Tetap semula pada penghala wayarles anda untuk menetapkannya ke tetapan lalai kilang. Untuk menggunakan QIS dengan pengesanan cepat: 1. Log masuk ke GUI Web. Halaman QIS ini dilancarkan secara automatik.
2. Penghala wayarles secara automatik mengesan jika jenis sambungan ISP anda adalah Dynamic IP (IP Dinamik), PPPoE, PPTP, L2TP dan Static IP (IP tetap). Masukkan maklumat yang diperlukan untuk jenis sambungan ISP anda. PENTING! Dapatkan maklumat yang diperlukan dari ISP anda mengenai jenis sambungan Internet.
untuk IP Statik NOTA: • Auto-pengesanan jenis sambungan ISP anda berlaku apabila anda mengkonfigurasi penghala wayarles buat kali pertama atau apabila penghala wayarles anda ditetapkan kepada tetapan lalainya. • Jika QIS gagal untuk mengesan jenis sambungan Internet anda, klik Skip to manual setting (Langkau ke tetapan manual) dan konfigurasi tetapan sambungan anda secara manual.
3. Berikan nama rangkaian (SSID) dan kunci keselamatan untuk sambungan wayarles 2.4GHz dan 5 GHz anda. Klik Apply (Guna) setelah selesai. 4. Tetapan Internet dan wayarles anda dipaparkan. Klik Next (Seterusnya)untuk meneruskannya. 5. Baca tutorial sambungan rangkaian wayarles. Apabila selesai, klik Finish (Selesai).
2.3 Menyambung ke rangkaian wayarles anda Selepas menyediakan penghala wayarles anda melaui QIS, anda boleh menyambungkan komputer anda atau peranti pintar lain ke rangkaian wayarles anda. Untuk menyambung kepada rangkaian anda: 1. Pada komputer anda, klik ikon rangkaian dalam kawasan pemberitahuan untuk memaparkan rangkaian wayarles tersedia. 2. Pilih rangkaian wayarles yang anda ingin bersambung dengan, kemudian klik Connect (Sambung). 3.
3 Mengkonfigurasi Tetapan Am 3.1 Menggunakan Peta Rangkaian Peta Rangkaian membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan keselamatan anda, menguruskan klien rangkaian anda.
3.1.1 Menyediakan keselamatan wayarles Untuk melindungi rangkaian wayarles anda daripada akses yang tidak dibenarkan, anda perlu mengkonfigurasi tetapan keselamatan penghala anda. Untuk menyediakan tetapan keselamatan wayarles: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke General (Am) > Network Map (Peta Rangkaian). 2. Pada skrin Peta Rangkaian dan di bawah System status (Status sistem), anda boleh mengkonfigurasikan tetapan keselamatan wayarles seperti SSID, tahap keselamatan, dan tetapan penyulitan.
4. Daripada senarai jatuh bawah Penyulitan WEP, pilih kaedah pengesahan untuk rangkaian wayarles anda. PENTING! IEEE 802.11n/ac/ax standard melarang menggunakan High Throughput (Truhput Tinggi) dengan WEP atau WPA-TKIP sebagai sifer unisiar. Jika anda menggunakan kaedah penyulitan ini, kadar data anda akan merosot kepada sambungan IEEE 802.11g 54Mbps. 5. Masukkan anda (kunci laluan keselamatan). 6. Klik Apply (Guna) setelah selesai. 3.1.
3.2 Mencipta Rangkaian Tetamu anda Guest Network (Rangkaian Tetamu) memberikan sambungan Internet kepada tetamu sementera melalui akses untuk mengasingkan akses SSID atau rangkaian tanpa memberikan akses kepada rangkaian peribadi anda. NOTA: RT-AX55 menyokong sehingga enam SSID (tiga SSID 2.4GHz dan tiga SSID 5GHz). Mencipta rangkaian tetamu anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke General (Am) > Guest Network (Rangkaian Tetamu). 2. Pada skrin Rangkaian Tetamu, pilih jalur frekuensi 2.
4. Untuk mengkonfigurasi pilihan tambahan, klik Modify (Ubah Suai). 5. Klik Yes (Ya) pada skrin Enable Guest Network (Dayakan Rangkaian Tetamu). 6. Berikan nama wayarles untuk rangkaian sementara anda pada medan Network Name (SSID) (Nama Rangkaian (SSID)). 7. Pilih Kaedah Pengesahan. 8. Pilih kaedah Encryption (Penyulitan). 9. Nyatakan Access time (Masa akses) atau klik Limitless (Tanpa had). 10. Pilih Disable (Nyahdayakan) atau Enable (Dayakan) pada item Access Intranet (Akses Intranet). 11.
3.3 AiProtection AiProtection menyediakan pemantauan masa nyata yang mengesan perisian hasad, perisian pengintip dan akses tidak dikehendaki. Ia juga menapis laman web dan aplikasi yang tidak dikehendaki serta membolehkan anda menjadualkan masa supaya peranti yang bersambung dapat mengakses Internet.
3.3.1 Perlindungan Rangkaian Perlindungan Rangkaian menghalang rangkaian daripada mengeksploitasi dan menjamin keselamatan rangkaian anda daripada akses yang tidak dikehendaki. Mengkonfigurasi Perlindungan Rangkaian Untuk mengkonfigurasi Perlindungan Rangkaian: 1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > AiProtection. 2. Dari halaman utama AiProtection, klik pada Network Protection (Perlindungan Rangkaian). 3. Dari tab Network Protection (Perlindungan Rangkaian), klik Scan (Imbas).
PENTING! Item yang ditandakan sebagai Yes (Ya) pada halaman Router Security Assessment (Penilaian Keselamatan Penghala) dianggap berada pada status safe (selamat). Item ditandakan sebagai No (Tidak), Weak (Lemah), atau Very Weak (Sangat Lemah) amat disyorkan untuk dikonfigurasikan sewajarnya. 4. (Pilihan) Dari halaman Router Security Assessment (Penilaian Keselamatan Penghala), secara manual konfigurasi item ditandakan sebagai No (Tidak), Weak (Lemah) atau Very Weak (Sangat Lemah). Untuk melakukan ini: a.
Pemblokan Tapak Hasad Ciri ini mengehadkan akses ke laman web hasad dalam pangkalan data awan untuk perlindungan terkini setiap masa. NOTA: Fungsi ini didayakan secara automatik jika anda menjalankan Router Weakness Scan (Imbasan Kelemahan Penghala). Untuk mendayakan Sekatan Laman Hasad: 1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > AiProtection 2. Dari halaman utama AiProtection, klik pada Network Protection (Perlindungan Rangkaian). 3.
3.3.2 Menyediakan Kawalan Ibu Bapa Kawalan Ibu Bapa membolehkan anda mengawal masa akses Internet atau menetapkan had masa untuk penggunaan rangkaian klien. Untuk pergi ke halaman utama Kawalan Ibu Bapa: 1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > AiProtection 2. Dari halaman utama AiProtection, klik pada tab Parental Controls (Kawalan Ibu Bapa).
Penjadualan Waktu Penjadualan Waktu membolehkan anda menetapkan had masa untuk penggunaan rangkaian klien. NOTA: Pastikan bahawa waktu sistem anda disegerakkan dengan pelayan NTP. Untuk mengkonfigurasikan Penjadualan Waktu: 1. Dari panel navigasi, pergi ke General (Am) > AiProtection > Parental Controls (Kawalan Ibu Bapa) > Time Scheduling (Penjadualan Waktu). 2. Dari anak tetingkap Enable Time Scheduling (Dayakan Penjadualan Waktu), klik ON (HIDUP). 3.
3.4 Menggunakan Pengurus Trafik 3.4.1 Mengurus Lebar Jalur QoS (Quality of Service) (Kualiti Perkhidmatan) Kualiti Perkhidmatan (QoS) membolehkan anda menetapkan keutamaan lebar jalur dan mengurus trafik rangkaian. Untuk menyediakan keutamaan lebar jalur: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab General (Am) > Traffic Manager (Pengurus Trafik) > tab QoS. 2. Klik ON (HIDUP) untuk mendayakan QoS. Isi medan lebar jalur muat naik dan muat turun. NOTA: Dapatkan maklumat lebar jalur daripada ISP anda. 3.
4. Pada halaman user-defined QoS rules (peraturan QoS takrifan pengguna) , terdapat empat jenis perkhidmatan dalam talian lalai – layar web, HTTPs dan pemindahan fail. Pilih perkhidmatan yang anda ingini, isi Source IP or MAC (IP atau MAC Sumber), Destination Port (Port Destinasi), Protocol (Protokol), Transferred (Dipindahkan) dan Priority (Keutamaan), kemudian klik Apply (Guna). Maklumat akan dikonfigurasikan dalam skrin peraturan QoS.
5. Pada halaman User-defined Priority (Keutamaan takrifan pengguna) , anda boleh mengutamakan aplikasi rangkaian atau peranti kepada lima tahap daripada senarai juntai bawah user-defined QoS rules (peraturan QoS takrifan pengguna). Berdasarkan tahap keutamaan, anda boleh menggunakan kaedah berikut dalam menghantar paket datas: • Tukar susunan paket rangkaian huluan yang dihantar ke Internet.
3.5 Penganalisis Trafik Ciri monitor trafik membolehkan anda mengakses penggunaan lebar jalur dan kelajuan Internet, rangkaian berwayar dan wayarles anda. Ia membolehkan anda memantau trafik rangkaian dalam masa nyata atau berasaskan harian. Ia juga menawarkan pilihan untuk menawarkan trafik rangkaian dalam masa 24 jam terakhir. NOTA: Bingkisan daripada Internet dihantar dengan sekata ke peranti berwayar dan wayarles.
4 Mengkonfigurasikan Tetapan Lanjutan 4.1 Wayarles 4.1.1 Umum Tab Am membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan wayarles asas. Untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles asas: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > General (Am). 2. Pilih 2.4GHz atau 5GHz sebagai jalur frekuensi untuk rangkaian wayarles anda. 3.
NOTA: Anda boleh menugaskan SSID unik untuk jalur frekuensi 2.4GHz dan 5GHz. 4. Dalam medan Hide SSID (Sembunyi SSID), pilihYes (Ya) untuk mengelakkan peranti wayarles daripada mengesan SSID anda. Apabila fungsi ini didayakan, anda perlu memasukkan SSID secara manual pada peranti wayarles untuk mengakses rangkaian wayarles. 5. Pilih mana-mana pilihan mod wayarles ini untuk menentukan jenis peranti wayarles yang boleh bersambung ke penghala wayarles anda: • Auto: Pilih Auto untuk membenarkan peranti 802.
• WPA/WPA2/WPA3 Peribadi/WPA Auto-Peribadi: Pilihan ini menyediakan keselamatan yang kukuh. Anda boleh menggunakan sama ada WPA (dengan TKIP), WPA2 (dengan AES) atau WPA3. Jika anda memilih pilihan ini, anda mesti menggunakan penyulitan TKIP + AES dan memasukkan ungkapan laluan WPA (kunci rangkaian). • WPA/WPA2/WPA3 Perusahaan/WPA Auto-Perusahaan: Pilihan ini menyediakan keselamatan yang sangat kukuh. Ia adalah dengan pelayan EAP bersepadu atau pelayan pengesahan bahagian belakang RADIUS luaran.
4.1.2 WPS WPS (Persediaan Dilindungi Wi-Fi) adalah standard keselamatan wayarles yang membenarkan anda untuk menyambungkan peranti dengan mudah ke rangkaian wayarles. Anda boleh mengkonfigurasi fungsi WPS melalui kod PIN atau butang WPS. NOTA: Memastikan bahawa peranti menyokong WPS. Untuk mendayakan WPS pada rangkaian wayarles anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > WPS. 2. Dalam medan Dayakan WPS, gerakkan gelangsar ke HIDUP. 3.
NOTA: WPS menyokong pengesahan menggunakan Sistem Terbuka, WPA-Peribadi, WPA2-Peribadi dan WPA3-Peribadi. WPS tidak menyokong rangkaian wayarles yang menggunakan Kunci Dikunci, WPA-Enterprise, WPA2-Enterprise, WPA3-Enterprise dan kaedaj penyulitan RADIUS. 4. Dalam medan Kaedah WPS, pilih kod Push Button (Butang Tolak) atau Client PIN (PIN Klien). Jika anda memilih Push Button (Butang Tolak), pergi ke langkah 5. Jika anda memilih kod Client PIN (PIN Klien), pergi ke langkah 6. 5.
4.1.3 WDS Penghubung atau WDS (Sistem Pengedaran Wayarles) membolehkan penghala wayarles ASUS anda untuk bersambung ke titik akses wayarles lain secara eksklusif, mengelakkan peranti wayarles lain atau stesen untuk mengakses penghala wayarles ASUS anda. Ia juga boleh dianggap sebagai pengulang wayarles di mana penghala wayarles ASUS anda berkomunikasi dengan titik akses lain dan peranti wayarles lain. Untuk menyediakan penghubung wayarles: 1.
• HIBRID: Mendayakan ciri Penghubung Wayarles dan membenarkan peranti/stesen wayarles lain bersambung ke penghala. NOTA: Dalam mod Hibrid, peranti wayarles bersambung dengan penghala wayarles ASUS hanya akan menerima separuh kelajuan sambungan Titik Akses. 4. Dalam medan Connect to APs in list (Sambung ke AP dalam senarai) , klik Yes (Ya) jika anda ingin bersambung ke Titik Akses yang disenarai dalam Senarai AP Jauh. 5.
4.1.4 Penapis MAC Wayarles Penapis MAC Wayarles memberikan kawalan ke atas paket yang dihantar ke alamat MAC (Kawalan Akses Media) yang dinyatakan pada rangkaian wayarles anda. Untuk menyediakan penapis Wayarles MAC: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > Wireless MAC Filter (Penapis MAC Wayarles). 2. Raitkan Yes (Ya) dalam medan Enable Mac Filter (Dayakan Penapis Mac). 3.
4.1.5 Seting RADIUS Tetapan RADIUS (Perkhidmatan Pengguna Dail Pengesahan Jauh) memberikan lapisan tambahan keselamatan semasa anda memilih WPA-Enterprise, WPA2-Enterprise, WPA3-Enterprise atau Radius dengan 802.1x sebagai Mod Pengesahan anda. Untuk menyediakan tetapan wayarles RADIUS: 1. Pastikan mod pengesahan penghala wayarles ditetapkan ke WPA-Enterprise, WPA2-Enterprise, atau WPA3-Enterprise. NOTA: Sila rujuk bahagian 4.1.1 General (Umum) untuk mengkonfigurasikan Mod Pengesahan penghala wayarles anda.
4.1.6 Profesional Skrin Profesional memberikan pilihan konfigurasi lanjutan. NOTA: Kami mengesyorkan anda menggunakan nilai lalai pada halaman ini. Dalam skrin Professional Settings (Tetapan Profesional), anda boleh mengkonfigurasikan yang berikut: • Jalur: Pilih jalur frekuensi yang tetapan profesional akan digunakan. • Mendayakan Radio: Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan perangkaian wayarles. Pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan perangkaian wayarles.
• Dayakan penjadual wayarles: Anda boleh memilih format jam sebagai 24 jam atau 12 jam. Warna dalam jadual menunjukkan Benarkan atau Tolak. Klik setiap bingkai untuk mengubah tetapan waktu bagi hari biasa dan klik OK apabila selesai. • Tetapkan pengasingan AP: Item Tetapkan pengasingan Ap menghalang peranti wayarles pada rangkaian anda daripada berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Ciri ini berguna jika ramai tetamu menyertai atau meninggalkan rangkaian annda secra kerap.
• Jenis Mukadimah: Jenis mukadimah mentakrifkan panjang masa yang penghala luangkan untuk CRC (Semakan Lewahan Kitar). CRC adalah kaedah mengesan ralat semasa penghantaran data. Pilih Short (Pendek) untuk rangkaian wayarles sibuk dengan trafik rangkaian tinggi. Pilih Long (Panjang) jika rangkaian wayarles anda terdiri daripada peranti wayarles lama atau legasi.
4.2 LAN 4.2.1 IP LAN Skrin IP LAN membolehkan anda mengubah suai tetapan IP LAN penghala wayarles anda. NOTA: Apa-apa perubahan kepada alamat IP LAN akan ditunjukkan pada tetapan DHCP anda. Untuk mengubah suai tetapan IP LAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > LAN > IP LAN. 2. Mengubah suai IP address (alamat IP) dan Subnet Mask. 3. Apabila selesai, klik Apply (Guna).
4.2.2 Pelayan DHCP Penghala wayarles anda menggunakan DHCP untuk menguntukkan alamat IP secara automaik pada rangkaian anda. Anda boleh menyatakan julat alamat IP dan masa pajakan untuk kelian pada rangkaian anda. Untuk mengkonfigurasi pelayan DHCP: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > LAN > DHCP Server (Pelayan DHCP). 2. Dalam medan Enable the DHCP Server (Dayakan Pelayan DHCP), tandakan Yes (Ya). 3.
5. Dalam medan IP Pool Ending Address (Alamat Akhir Kumpulan IP), masukkan alamat IP akhir. 6. Dalam medan Lease Time (Masa Pajakan), nyatakan dalam saat bila alamat IP yang diuntukkan akan tamat tempoh. Sebaik sahaja ia mencapai had masa ini, pelayan DHCP kemudiannya akan menguntukkan alamat IP yang baru. NOTA: • ASUS menyarankan agar anda menggunakan format alamat IP 192.168.50.xxx (di mana xxx boleh jadi sebarang nombor antara 2 dan 254) apabila menyatakan julat alamat IP.
4.2.3 Hala Jika rangkaian anda menggunakan lebih daripada satu penghala wayarles, anda boleh mengkonfigurasikan jadual penghalaan untuk berkongsi perkhidmatan Internet yang sama. NOTA: Kami mengesyorkan anda tidak menukar tetapan hala lalai melainkan anda mempunyai pengetahuan lanjutan mengenai jadual penghalaan. Untuk mengkonfigurasikan jadual Penghalaan LAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > LAN > Route (Hala). 2.
4.2.4 IPTV Penghala wayarles menyokong sambungan ke perkhidmatan IPTV melalui ISP atau LAN. Tab IPTV memberikan tetapan konfigurasi yang diperlukan untuk menyediakan IPTV, VoIP, multisiar, dan UDP untuk perkhidmatan anda. Hubungi ISP anda untuk maklumat khusus mengenai perkhidmatan anda.
4.3 WAN 4.3.1 Sambungan Internet Skrin Sambungan Internet membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan pelbagai jenis sambungan WAN. Untuk mengkonfigurasikan tetapan sambungan WAN: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > WAN > Internet Connection (Sambungan Internet). 2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik Apply (Guna). • Jenis Sambungan WAN: Pilih jenis Pembekal Perkhidmatan Internet anda.
• Mendayakan WAN: Pilih Yes (Ya) untuk membolehkan akses penghala Internet. Pilih No (Tidak) untuk mendayakan akses Internet. • Mendayakan NAT: NAT (Terjemahan Alamat Rangkaian) adalah sistem di mana satu IP awam (IP WAN) digunakan untuk memberikan akses Internet ke klien rangkaian dengan alamat IP peribadi dalam LAN. Alamat IP peribadi setiap klien rangkaian disimpan dalam jadual NAT dan ia digunakan pada paket data masuk penghala.
• Nama Hos: Medan ini membenarkan anda untuk memberikan nama hos untuk penghala anda. Biasanya ia adalah keperluan istimewa daripada ISP anda. Jika ISP anda diberikan nama hos kepada komputer anda, masukkan nama hos di sini. • Alamat MAC: Alamat MAC (Kawalan Capaian Media) adalah pengecam unik untuk peranti perangkaian anda. Beberapa ISP memantau alamat MAC peranti perangkaian yang bersambung ke perkhidmatan mereka dan menolak mana-mana peranti yang tidak dikenali yang mencuba untuk bersambung.
4.3.2 Picu Port Picu julat port membuka port masuk yang ditentukan untuk tempoh masa yang terhad apabila klien di rangkaian kawasan setempat menjadi sambungan keluar ke port yang dinyatakan. Picu port digunakan dalam senario berikut: • Lebih daripada satu klien setempat memerlukan pemajuan port untuk aplikasi yang sama pada masa yang berbeza. • Satu aplikasi memerlukan port masuk khusus yang berbeza daripada port keluar. Untuk menyediakan Picu Port: 1.
• Penerangan: Masukkan nama pendek atau huraian untuk perkhidmatan ini. • Port Picu: Tentukan port picu untuk membukan port masuk. • Protokol: Pilih protokol, TCP, atau UDP. • Port Masuk: Nyatakan port masuk untuk menerima data masuk daripada Internet. NOTA: 56 • Apabila menyambung ke pelayan IRC, PC klien membuat sambungan keluar menggunakan julat port picu 66660-7000. Pelayan IRC respons dengan mengesahkan nama pengguna dan mencipta sambungan baru kepada PC klien menggunakan port masuk.
4.3.3 Pelayan Maya/Pemajuan Port Pemajuan por adalah kaedah untuk menghala trafik rangkaian dari Internet ke port khusus atau julat port khusus ke satu peranti atau beberapa peranti pada rangkaian tempatan anda. Menyediakan Pemajuan Port pada penghala anda membenarkan PC di luar rangkaian untuk mengakses perkhidmatan khusus yang diberikan oleh PC dalam rangkaian anda.
2. Konfigurasikan tetapan berikut di bawah. Apabila selesai, klik Guna. • Dayakan Pemajuan Port: Pilih Ya untuk mendayakan Pemajuan Port. • Senarai Pelayan Terkenal: Tentukan jenis perkhidmatan yang anda ingin akses. • Senarai Permainan Terkenal: Port senarai item ini diperlukan untuk permainan dalam talian popular berfungsi dengan betul. • Port Pelayan FTP: Elak menugaskan julat port 20:21 untuk pelayan FTP anda kerana ini akan berlawanan dengan penugasan pelayan FTP natif bagi penghala.
• IP Tempatan: Masukkan alamat IP LAN klien. NOTA: Gunakan alamat IP statik untuk klien setempat untuk menjadikan pemajuan port berfungsi dengan baik. Rujuk bahagian 4.2 LAN untuk maklumat. • Port Setempat: Masukkan port khusus untuk menerima paket yang dimajukan. Biarkan medan ini kosong jika anda mahu paket masuk dihalakan semula ke julat port yang dinyatakan. • Protokol: Pilih protokol. Jika anda tidak pasti, pilih KEDUADUANYA.
4.3.4 DMZ DMZ Maya mendedahkan satu klien ke Internet, membolehkan klien ini menerima semua paket masuk diarahkan ke Rangkaian Kawasan Setempat. Trafik masuk dari Internet biasanya dibuang dan dihalakan ke klien tertentu hanya jika pemajuan port atau picu port telah dikonfigurasikan pada rangkaian. Dalam konfigurasi DMZ, satu klien rangkaian menerima semua paket masuk.
4.3.5 DDNS Menyediakan DDNS (DNS Dinamik) membolehkan anda mengakses penghala daripada luar rangkaian anda melalui Perkhidmatan DDNS ASUS atau perkhidmatan DDNS lain. Untuk menyediakan DDNS: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > WAN > DDNS. 2. Konfigurasi tetapan di bawah yang berikut. Apabila selesai, klik Apply (Guna). • Mendayakan Klien DDNS: Dayakan DDNS untuk mengakses penghala ASUS melalui nama DNS dan bukannya alamat IP WAN.
Isi Nama Pengguna atau Alamat E-mel dan Kata Laluan atau medan Kunci DDNS. • Mendayakan kad bebas: Dayakan kad bebas jika perkhidmatan DDNS anda memerlukan satu. NOTA: Perkhidmatan DDNS tidak akan berfungsi di bawah keadaan ini: • Apabila penghala wayarles menggunakan alamat peribadi IP WAN (192.168.x.x, 10.x.x.x, atau 172.16.x.x), seperti yang ditunjukkan oleh teks berwarna kuning. • Penghala mungkin berada pada rangkaian yang menggunakan jadual NAT berbilang. 4.3.
4.4 IPv6 Penghala wayarles ini menyokong pengalamatan IPv6, sistem yang menyokong lebih alamat IP. Standard ini belum lagi tersedia secara meluas. Hubungi ISP anda jika perkhidmatan Internet anda menyokong IPv6. Untuk menyediakan IPv6: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > IPv6. 2. Pilih Connection Type (Jenis Sambungan) anda. Pilih konfigurasi berbeza bergantung pada jenis sambungan terpilih anda. 3. Masukkan tetapan IPv6 LAN dan DNS anda. 4. Klik Apply (Guna).
4.5 Tembok Api Penghala wayarles boleh menjadi tembok api perkakas untuk rangkaian anda. NOTA: Ciri Tembok Api didayakan secara lalai. 4.5.1 Umum Untuk menyediakan tetapan Tembok Api asas: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > General (Am). 2. Pada medan Enable Firewall (Dayakan Tembok Api), pilih Yes (Ya). 3.
2. Pada medan Dayakan Penapis URL, pilih Enabled (Didayakan). . 3. Masukkan URL dan klik butang 4. Klik Apply (Guna). 4.5.3 Penapis kata kunci Penapis kata kunci menyekat akses ke laman web mengandungi kata kunci yang dinyatakan. Untuk menyediakan penapis kata kunci: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > Keyword Filter (Penapis Kata Kunci). 2. Pada medan Dayakan Penapis Kata Kunci, pilih Enabled (Didayakan).
3. Masukkan perkataan atau frasa dan klik butang Add (Tambah). 4. Klik Apply (Guna). NOTA: • Penapis Kata Kunci adalah berdasarkan pertanyaan DNS. Jika klien rangkaian telah mengakses tapak web seperti http://www. abcxxx.com, maka tapak web tidak akan disekat (cache DNS dakan sistem menyimpan tapak web yang dilawati sebelum ini). Untuk menyelesaikan isu ini, kososngkan cache DNS sebelum menyediakan Penapis Kata Kunci. • Laman web termampat menggunakan pemampatan HTTP tidak boleh ditapis.
Untuk menyediakan penapis Perkhidmatan Rangkaian: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > Network Service Filter (Penapis Perkhidmatan Rangkaian. 2. Pada medan Dayakan Penapis Perkhidmatan Rangkaian, pilih Yes (Ya). 3. Pilih jenis jadual Penapis. Black List (Senarai Hitam) menyekat perkhidmatan rangkaian yang ditentukan. White List (Senarai Putih) mengehadkan akses hanya ke perkhidmatan rangkaian yang ditentukan. 4.
4.6 Pentadbiran 4.6.1 Mod Operasi Halaman Mod Operasi membolehkan anda memilih mod bersesuaian untuk rangkaian anda. Untuk menyediakan mod operasi: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > Operation Mode (Mod Operasi). 2.
NOTA: Penghalan ini akan but semula bila anda menukar mod. 4.6.2 Sistem Halaman System (Sistem) membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan penghala anda. Untuk menyediakan tetapan Sistem: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > System (Sistem). 2.
4.6.3 Menatarkan perisian tegar NOTA: Muat turun perisian tegar terkini dari laman web ASUS di http://www.asus.com. Untuk menatarkan perisian tegar: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar). 2. Dalam item New Firmware File (Fail Perisian Tegar baru), klik Browse (Semak Imbas). Navigasi ke fail perisian tegar yang dimuat turun. 3. Klik Upload (Muat naik).
4.7 Log Sistem Log Sistem mengandungi aktiviti rangkaian terakam anda. NOTA: Log sistem menetap semula apabila penghala dibut semula atau dimatikan. Untuk melihat log sistem anda: 1. Daripada panel navigasi, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > System Log (Log Sistem). 2.
5 Utiliti NOTA: • • Muat turun dan pasangkan utiliti penghala wayarles daripada laman web ASUS: • Penemuan Peranti v1.4.7.1 di http://dlcdnet.asus.com/pub/ASUS/ LiveUpdate/Release/Wireless/Discovery.zip • Pemulihan Semula Perisian Tegar v1.9.0.4 di http://dlcdnet.asus. com/pub/ASUS/LiveUpdate/Release/Wireless/Rescue.zip Utiliti tidak disokong pada MAC OS. 5.
5.2 Pemulihan Perisian Tegar Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar) digunakan pada Penghala Wayarles ASIS selepas penataran perisian tegar yang gagal dijalankan. Utiliti ini memuat naik fail perisian tegar ke penghala wayarles. Proses ini mengambil masa kira-kira tiga hingga empat minit. PENTING! Lancarkan mod menyelamat sebelum menggunakan utiliti Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar). NOTA: Ciri ini tidak disokong pada MAC OS.
Untuk melancarkan mod menyelamat dan menggunakan utiliti Firmware Restoration (Pemulihan Perisian Tegar): 1. Cabut keluar palam penghala wayarles dari sumber kuasanya. 2. Sambil menekan terus butang Reset (Tetap semula) di bahagian belakang penghala wayarles, pasangkan penghala wayarles ke dalam sumber kuasa. Lepasakan butang Reset (Tetap semula) apabila Power LED (LED Kuasa) di panel hadapan mula berkelip dengan perlahan, yang menandakan bahawa penghala wayarles berada dalam mod menyelamat. 3.
6 Menyelesai Masalah Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di: http://www.asus.com/support/ untuk maklumat produk lanjut dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS. 6.1 Penyelesaian Masalah Asas Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian lanjut.
3. Daripada halaman Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar), klik Browse (Imbas) untuk mencari fail perisian tegar. 4. Klik Upload (Muat Naik) untuk menaik taraf perisian tegar. Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut: 1. Matikan modem. 2. Cabut keluar palam. 3. Matikan penghala dan komputer. 4. Palamkan modem. 5. Hidupkan modem dan tunggu selama 2 minit. 6. Hidupkan penghala dan tunggu selama 2 minit. 7. Hidupkan komputer. Periksa jika kabel Ethernet dipalam dengan betul.
Periksa jika tetapan rangkaian anda betul. • Setiap klien pada rangkaian perlu mempunyai alamat IP yang sah. ASUS mengesyorkan anda menggunakan pelayan DHCP penghala wayarles untuk menugaskan alamat IP ke komputer pada rangkaian anda. • Beberapa modem kabel pembekal perkhidmatan memerlukan anda menggunakan alamat MAC komputer yang pada mulanya didaftarkan pada akaun.
6.2 Soalan Lazim (FAQ) Saya tidak dapat mengakses GUI penghala menggunakan penyemak imbas web. • Jika komputer anda diwayarkan, periksa sambungan kabel Ethernet dan status LED seperti yang diterangkan dalam bahagian sebelum ini. • Pastikan anda menggunakan maklumat log masuk yang betul. Nama log masuk dan kata laluan kilang lalai adalah “admin/ admin”. Pastikan kunci Huruf Besar dinyahdaya semasa anda memasukkan maklumat log masuk. • Padam kuki dan fail dalam penyemak imbas anda.
Klien tidak dapat mewujudkan sambungan wayarles dengan penghala. NOTA: Jika anda mempunyai isu menyambung ke rangkaian 5GHz, pastikan peranti wayarles anda menyokong keupayaan 5GHz atau ciri dwi jalur. • Di Luar Jarak Lingkungan: • Letakkan penghala sebih dekat dengan klien wayarles. • Cuba untuk melaraskan antena penghala kepada arahan terbaik seperti yang diterangkan dalam bahagian 1.4 Positioning your router (Meletakkan penghala anda). • Pelayan DHCP telah dinyahdayakan: 1. Lancarkan Web GUI.
• SSID telah disembunyikan. Jika peranti anda boleh mencari SSID dari penghala lain tetapi tidak boleh mencari SSID penghala anda, pergi ke Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > General (Am), pilih No (Tidak) pada Hide SSID (Sembunyi SSID), dan pilih Auto pada Control Channel (Saluran Kawalan). • Jika anda menggunakan adapter LAN wayarles, periksa jika saluran wayarles yang digunakan mengikut saluran tersedia di negara/kawasan anda.
Internet tidak dapat diakses. • Periks jika penghala anda boleh bersambung ke alama IP WAN ISP anda. Untuk melakukannya, lancarkan GUI web dan pergi ke General (Am)> Network Map (Peta Rangkaian), dan periksa Internet Status (Status Internet).
Anda terlupa SSID (nama rangkaian) atau kata laluan rangkaian • Sediakan SSID dan kunci penyulitan baru melalui sambungan berwayar (kabel Ethernet). Lancarkan GUI web, pergi ke Network Map (Peta Rangkaian), klik ikon penghala, masukkan SSID dan kunci penyulitan baru, dan kemudian klik Apply (Guna). • Tetap semula penghala anda ke tetapan lalai. Lancarkan GUI web, pergi ke Administration (Pentadbiran) > Restore/Save/ Upload Setting (Tetapan Pemulihan/Simpan/Muat Naik), dan klik Restore (Pemulihan).
Tidak dapat mengakses GUI Web Sebelum anda mengkonfigurasikan penghala wayarles anda, lakukan langkah yang diterangkan dalam bahagian ini untuk komputer hos dan klien rangkaian anda. A. Nyahdayakan sebarang pelayan proksi yang dikonfigurasikan. Windows® 1. Klik Start (Mula) > Internet Explorer untuk melancarkan penyemak imbas. 2. Klik Tools (Alatan) > Internet options (Pilihan Internet) > Connections tab (tab Sambugan) > LAN settings (Tetapan LAN). 3.
MAC OS 1. Dari penyemak imbas Safari anda, klik Safari (Safari) > Preferences (Keutamaan) > Advanced (Lanjutan)> Change Settings... (Tukar Tetapan...) 2. Dari skrin Network (Rangkaian) , buang tanda FTP Proxy (FTP Proksi) dan Web Proxy (HTTP) (Proksi Web). 3. Klik Apply Now (Guna Sekarang) setelah selesai. NOTA: Rujuk ciri bantuan penyemak imbas anda untuk butiran mengenai menyahdaya pelayan proksi. B. Menetapkan tetapan TCP/IP untuk dapatkan alamat IP secara automatik. Windows® 1.
2. Klik Sifat untuk memaparkan tetingkap Sifat Ethernet. 3. Pilih Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) atau Internet Protocol Version 6 (TCP/IPv6), kemudian klik Properties (Ciriciri). 4. Untuk mendapatkan tetapan IP IPv4 secara automatik, tandakan Obtain an IP address automatically (Dapatkan alamat IP secara automatik). Untuk mendapatkan tetapan IP IPv6 secara automatik, tandakan Obtain an IP address automatically (Dapatkan alamat IP secara automatik). 5. Klik OK setelah selesai.
MAC OS 1. Klik ikon Apple terletak di bahagian atas sebelah kiri skrin anda. 2. Klik System Preferences (Keutamaan Sistem) > Network (Rangkaian) > Configure (Konfigurasi)... 3. Dari tab TCP/IP, pilih Using DHCP (Menggunakan DHCP) dalam senarai jatuh bawah Configure IPv4. 4. Klik Apply Now (Guna Sekarang) setelah selesai. NOTA: Rujuk bantuan dan ciri sokongan sistem operasi anda untuk butiran mengenai mengkonfigurasi tetapan TC/IP komputer anda. C. Nyahdayakan sambungan dailan, jika didayakan. Windows® 1.
Lampiran Notis This device is an Energy Related Product (ErP) with High Network Availability (HiNA), the power consumption will be less than 12watts when the system is in network standby mode (idle mode). ASUS Recycling/Takeback Services ASUS recycling and takeback programs come from our commitment to the highest standards for protecting our environment. We believe in providing solutions for you to be able to responsibly recycle our products, batteries, other components, as well as the packaging materials.
Rules. These limits are designed to provide reasonable protection against harmful interference in a residential installation. This equipment generates, uses and can radiate radio frequency energy and, if not installed and used in accordance with the instructions, may cause harmful interference to radio communications. However, there is no guarantee that interference will not occur in a particular installation.
Safety Information To maintain compliance with FCC’s RF exposure guidelines, this equipment should be installed and operated with minimum distance 20cm between the radiator and your body. Use on the supplied antenna. Declaration of Conformity for Ecodesign directive 2009/125/EC Testing for eco-design requirements according to (EC) No 1275/2008 and (EU) No 801/2013 has been conducted. When the device is in Networked Standby Mode, its I/O and network interface are in sleep mode and may not work properly.
The frequency, mode and the maximum transmitted power in EU are listed below: 2412-2472MHz (802.11g 6Mbps): 19.96 dBm 5180-5240MHz (802.11ac VHT20 MCS0): 22.97 dBm 5260-5320MHz (802.11ac VHT40 MCS0): 22.97 dBm 5500-5700MHz (802.11ac VHT80 MCS0): 29.98 dBm The device is restricted to indoor use only when operating in the 5150 to 5350 MHz frequency range.
This device has been certified for use in Canada. Status of the listing in the Industry Canada’s REL (Radio Equipment List) can be found at the following web address: http://www.ic.gc.ca/app/sitt/reltel/srch/nwRdSrch.do?lang=eng Additional Canadian information on RF exposure also can be found at the following web: http://www.ic.gc.ca/eic/site/smt-gst.nsf/eng/sf08792.
Pour des informations supplémentaires concernant l’exposition aux RF au Canada rendezvous sur : http://www.ic.gc.ca/eic/site/smt-gst.nsf/eng/sf08792.html Precautions for the use of the device • • • • o not use the ASUS product in this situation (Driving, in D airports, hospitals, gas stations and professional garages).
「產品之限用物質含有情況」之相關資訊,請參考下表: 限用物質及其化學符號 單元 鉛 (Pb) 汞 (Hg) 鎘 (Cd) 六價鉻 多溴聯苯 (Cr+6) (PBB) 印刷電路板及 電子組件 — ○ ○ ○ ○ ○ 外殼 ○ ○ ○ ○ ○ ○ 天線 — ○ ○ ○ ○ ○ 其他及其配件 — ○ ○ ○ ○ ○ 多溴二苯醚 (PBDE) 備考1. "○" 係指該項限用物質之百分比含量未超出百分比含量基準值。 備考2.
GNU General Public License Licensing information This product includes copyrighted third-party software licensed under the terms of the GNU General Public License. Please see The GNU General Public License for the exact terms and conditions of this license. All future firmware updates will also be accompanied with their respective source code. Please visit our web site for updated information. Note that we do not offer direct support for the distribution.
can get it if you want it, that you can change the software or use pieces of it in new free programs; and that you know you can do these things. To protect your rights, we need to make restrictions that forbid anyone to deny you these rights or to ask you to surrender the rights. These restrictions translate to certain responsibilities for you if you distribute copies of the software, or if you modify it.
Terms & conditions for copying, distribution, & modification 0. This License applies to any program or other work which contains a notice placed by the copyright holder saying it may be distributed under the terms of this General Public License.
2. You may modify your copy or copies of the Program or any portion of it, thus forming a work based on the Program, and copy and distribute such modifications or work under the terms of Section 1 above, provided that you also meet all of these conditions: a) You must cause the modified files to carry prominent notices stating that you changed the files and the date of any change.
In addition, mere aggregation of another work not based on the Program with the Program (or with a work based on the Program) on a volume of a storage or distribution medium does not bring the other work under the scope of this License. 3.
If distribution of executable or object code is made by offering access to copy from a designated place, then offering equivalent access to copy the source code from the same place counts as distribution of the source code, even though third parties are not compelled to copy the source along with the object code. 4. You may not copy, modify, sublicense, or distribute the Program except as expressly provided under this License.
7. If, as a consequence of a court judgment or allegation of patent infringement or for any other reason (not limited to patent issues), conditions are imposed on you (whether by court order, agreement or otherwise) that contradict the conditions of this License, they do not excuse you from the conditions of this License.
9. The Free Software Foundation may publish revised and/or new versions of the General Public License from time to time. Such new versions will be similar in spirit to the present version, but may differ in detail to address new problems or concerns. Each version is given a distinguishing version number.
NO WARRANTY 11. BECAUSE THE PROGRAM IS LICENSED FREE OF CHARGE, THERE IS NO WARRANTY FOR THE PROGRAM, TO THE EXTENT PERMITTED BY APPLICABLE LAW. EXCEPT WHEN OTHERWISE STATED IN WRITING THE COPYRIGHT HOLDERS AND/OR OTHER PARTIES PROVIDE THE PROGRAM “AS IS” WITHOUT WARRANTY OF ANY KIND, EITHER EXPRESSED OR IMPLIED, INCLUDING, BUT NOT LIMITED TO, THE IMPLIED WARRANTIES OF MERCHANTABILITY AND FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE. THE ENTIRE RISK AS TO THE QUALITY AND PERFORMANCE OF THE PROGRAM IS WITH YOU.
Maklumat untuk menghubungi ASUS ASUSTeK COMPUTER INC. (Asia Pasifik) Alamat 1F., No. 15, Lide Rd., Beitou Dist., Taipei City 112, Taiwan Telefon +886-2-2894-3447 Fax +886-2-2890-7798 Laman web https://www.asus.com Sokongan Teknikal Telefon +86-21-38429911 Sokongan dalam talian https://qr.asus.com/techserv ASUS COMPUTER INTERNATIONAL (Amerika) Alamat 48720 Kato Rd., Fremont, CA 94538, USA Telefon +1-510-739-3777 Fax +1-510-608-4555 Laman web https://www.asus.