User's Manual

15
2.2 Persediaan Internet Cepat (QIS) dengan
pengesanan auto
Ciri Persediaan Internet Cepat (QIS) membimbing anda untuk
menyediakan sambungan Internet anda dengan cepat.
NOTA: Semasa menetapkan sambungan Internet buat pertam kali,
tekan butang Tetap semula pada penghala wayarles anda untuk
menetapkannya ke tetapan lalai kilang.
Untuk menggunakan QIS dengan pengesanan cepat:
1. Log masuk ke GUI Web. Halaman QIS ini dilancarkan secara
automatik.
NOTA:
Secara lalai, log masuk dan kata laluan nama pengguna untuk
GUI Web penghala wayarles anda adalah admin. Untuk butiran
mengenai menukar nama pengguna dan kata laluan log masuk
penghala wayarles anda, rujuk bahagian 4.6.2 Sistem.
Nama pengguna dan kata laluan log masuk adalah berbeza daripada
nama rangkaian (SSID) 2.4GHz/5GHz dan kunci keselamatan.
Nama pengguna dan kata laluan log masuk penghala wayarles
membolehkan anda untuk log masuk ke GUI Web penghala wayarles
anda untuk mengkongurasikan tetapan penghala wayarles. Nama
rangkaian (SSID) 2.4GHz/5GHz dan kunci keselamatan membolehkan
peranti Wi-Fi log masuk dan bersambung ke rangkaian 2.4GHz/5GHz.