User's Manual

32
4. Pada halaman user-dened QoS rules (peraturan QoS
takrifan pengguna) , terdapat empat jenis perkhidmatan
dalam talian lalai – layar web, HTTPs dan pemindahan fail.
Pilih perkhidmatan yang anda ingini, isi Source IP or MAC
(IP atau MAC Sumber), Destination Port (Port Destinasi),
Protocol (Protokol), Transferred (Dipindahkan) dan Priority
(Keutamaan), kemudian klik Apply (Guna). Maklumat akan
dikongurasikan dalam skrin peraturan QoS.
NOTA:
Untuk mengisi IP atau MAC sumber, anda boleh:
a) Masukkan alamat IP khusus, seperti "192.168.122.1"
b) Masukkan alamat IP dalam satu subnet atau dalam himpunan
IP yang sama seperti “192.168.123.*” atau “192.168.*.*”
c) Masukkan semua alamat IP seperti “*.*.*.*” atau biarkan medan
kosong.
d) Format untuk alamat MAC ialah enam kumpulan bagi dua digit
perenambelasan, diasingkan dengan tanda titik bertindih (:),
dalam susunan penghantaran (cth. 12:34:56:aa:bc:ef) )
Untuk julat port sumber atau destinasi, anda boleh:
a) Masukkan port khusus, seperti "95".
b) Masukkan port dalam julat, seperti “103:315”, “>100” atau
“<65535”.
• Lajur Transferred (Dipindahkan) mengandungi maklumat
mengenai trak huluan dan hiliran (trak rangkaian keluar
dan masuk) untuk satu bahagian. Dalam lajur ini, anda boleh
menetapkan had trak rangkaian (dalam KB) untuk perkhidmatan
khusus bagi menjanakan keutamaan tertentu untuk perkhidmatan
yang diuntukkan ke port tertentu. Sebagai contoh, jika dua klien
rangkaian, PC 1 dan PC 2, kedua-dua mengakses Internet (ditetapkan
di port 80), tetapi PC 1 melebihi had trak rangkaian disebabkan
oleh beberapa tugasan memuat turun, PC 1 akan mempunyai
keutamaan lebih rendah. Jika anda tidak mahu menetapkan had
trak, biarkannya kosong.