User's Manual

58
2. Kongurasikan tetapan berikut di bawah. Apabila selesai, klik
Guna.
Dayakan Pemajuan Port: Pilih Ya untuk mendayakan
Pemajuan Port.
Senarai Pelayan Terkenal: Tentukan jenis perkhidmatan
yang anda ingin akses.
Senarai Permainan Terkenal: Port senarai item ini
diperlukan untuk permainan dalam talian popular berfungsi
dengan betul.
Port Pelayan FTP: Elak menugaskan julat port 20:21 untuk
pelayan FTP anda kerana ini akan berlawanan dengan
penugasan pelayan FTP natif bagi penghala.
Nama Perkhidmatan: Masukkan nama perkhidmatan.
Julat Port: Jika anda mahu menentukan Liputan Port
untuk klien pada rangkaian yang sama, masukkan Nama
Perkhidmatan, Liputan Port (cth. 10200:10300), alamat IP LAN
dan biarkan Port Setempat kosong. Liputan port menerima
pelbagai format seperti Liputan Port (300:350), port individu
(566,789) atau Campuran (1015:1024,3021).
NOTA:
Apabila tembok api rangkaian anda dinyahdayakan dan anda
menetapkan 80 sebagai julat port pelayan HTTP untuk penyediaan
WAN anda, kemudian pelayan http/pelayan web akan bercanggah
dengan antara muka pengguna web penghala.
Rangkaian menggunakan port untuk menukar data, dengan setiap
port ditugaskan nombor port dan tugasan khusus. Sebagai contoh,
port 80 digunakan untuk HTTP. Port khusus hanya boleh digunakan
oleh satu aplikasi aau perkhidmatan pada satu masa. Oleh itu, dua
PC mencuba untuk mengakses data melalui port yang sama pada
masa yang sama akan gagal. Sebagai contoh, anda tidak boleh
menyediakan Pemajuan Port untuk port 100 untuk dua PC pada
masa yang sama.