User's Manual
Table Of Contents
- 1 Mengenali penghala wayarles anda
- 2 Bermula
- 3 Mengkonfigurasi Tetapan Am dan Lanjutan
- 4 Utiliti
- 5 Menyelesai Masalah
- Lampiran
102
• Ambang RTS: Pilih nilai yang lebih rendah untuk Ambang
RTS (Meminta untuk Dihantar) bagi meningkatkan komunikasi
wayarles dalam rangkaian wayarles sibuk atau bising dengan
trafik rangkaian tinggi dan banyak peranti wayarles.
• Jarak Waktu DTIM: Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan
Lalu Lintas Penghantaran) atau Julat Data Isyarat adalah jarak
masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles dalam
mod tidur menunjukkan bahawa paket data menunggu
penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat.
• Jarak Waktu Isyarat: Jarak Waktu Isyarat adalah masa antara
satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100 milisaat.
Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk sambungan
wayarles tidak stabil atau untuk peranti perayauan.
• Mendayakan Pecahan TX: Mendayakan Pecahan TX
memperbaiki kelajuan penghantaran di antara penghala
wayarles dan peranti 802.11g.
• Mendayakan WMM APSD: Mendayakan WMM APSD
(Penghantaran Jimat Kuasa Automatik Multimedia Wi-Fi)
untuk memperbaiki pengurusan kuasa di antara peranti
wayarles. Pilih Disable (Nyahdaya) untuk mematikan WMM
APSD.
• Optimumkan pengagregatan AMPDU: Optimumkan
bilangan maksimum MPDU dalam AMPDU dan mengelak
paket hilang atau rosak semasa penghantaran dalam saluran
wayarles ralat mudah
• QAM Turbo: Dayakan fungsi ini membenarkannya
menyokong 256-QAM (MCS 8/9) pada jalur 2.4GHz untuk
mencapai julat yang lebih baik dan daya pemprosesan pada
frekuensi tersebut.
• Keadilan Masa Siaran: Dengan keadilan masa siaran, kelajuan
rangkaian tidak ditentukan oleh trafik paling perlahan. Dengan
memperuntukkan masa yang sama di kalangan klien, Keadilan
Masa Siaran membenarkan setiap penghantaran untuk beralih
pada potensi kelajuan tertingginya.
• Pembentukan Alur Nyata: Kedua-dua penyesuai dan
penghala WLAN klien menyokong teknologi pembentukan
alur. Teknologi ini membenarkan peranti ini menyampaikan
anggaran saluran dan arah pemanduan kepada satu sama lain
untuk meningkatkan kelajuan muat naik dan paut naik.
• Pembentukan Alur Universal: Untuk penyesuai rangkaian
wayarles legasi yang tidak menyokong pembentukan alur,
penghala menganggarkan saluran dan menentukan arah
pemanduan bagi meningkatkan kelajuan paut turun.