User's Manual

Table Of Contents
75
Port Picu: Tentukan port picu untuk membukan port masuk.
Protokol: Pilih protokol, TCP, atau UDP.
Port Masuk: Nyatakan port masuk untuk menerima data
masuk daripada Internet.
NOTA:
Apabila menyambung ke pelayan IRC, PC klien membuat
sambungan keluar menggunakan julat port picu 66660-7000.
Pelayan IRC respons dengan mengesahkan nama pengguna dan
mencipta sambungan baru kepada PC klien menggunakan port
masuk.
Jika Picu Port dinyahdayakan, penghala menjatuhkan sambungan
kerana ia tidak boleh menentukan PC yang mana yang meminta
akses IRC. Apabila Picu Port didayakan, penghala menugaskan
port masuk untuk menetapkan data masuk. Port masuk ini ditutup
apabila tempoh masa khusus telah berlalu kerana penghala tidak
pasti apabila aplikasi telah ditamatkan.
Picu port hanya membenarkan satu klien dalam rangkaian
menggunakan perkhidmatan tertentu dan port masuk khusus pada
masa yang sama.
Anda tidak boleh menggunakan aplikasi yang sama untuk memicu
port dalam lebih daripada satu PC pada masa yang sama. Penghala
hanya memajukan port semula ke komputer terakhir yang
menghantar permintaan/picu penghala.