User's Manual

Table Of Contents
106
6 Menyelesai Masalah6 Menyelesai Masalah
Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin
hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah
yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di:
https://www.asus.com/support/ untuk maklumat produk lanjut
dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS.
6.1 Penyelesaian Masalah Asas
Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba
langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian
lanjut.
Naik taraf Perisian Tegar ke versi terkini.
1. Lancarkan Web GUI. Pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan
Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > Firmware
Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar). Klik Check (Periksa)
untuk mengesahkan jika perisian tegar terkini tersedia.
2. Jika perisian tegar tersedia, lawati tapak web global ASUS
di https://www.asus.com/Networking/RT-AX86U/HelpDesk/
untuk memuat turun perisian tegar terkini.
3. Daripada halaman Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian
Tegar), klik Browse (Imbas) untuk mencari fail perisian tegar.
4. Klik Upload (Muat Naik) untuk menaik taraf perisian tegar.