User's Manual

Table Of Contents
14
2.2 Persediaan Internet Cepat (QIS) dengan
pengesanan auto
Ciri Persediaan Internet Cepat (QIS) membimbing anda untuk
menyediakan sambungan Internet anda dengan cepat.
NOTA: Semasa menetapkan sambungan Internet buat pertam kali,
tekan butang Tetap semula pada penghala wayarles anda untuk
menetapkannya ke tetapan lalai kilang.
Untuk menggunakan QIS dengan pengesanan cepat:
1. Lancarkan penyemak imbas web. Anda akan dihalakan semula
ke Wizard Penyediaan ASUS (Penyediaan Internet Pantas). Jika
tidak, masukkan http://router.asus.com secara manual.
2. Penghala wayarles secara automatik mengesan jika jenis
sambungan ISP anda adalah Dynamic IP (IP Dinamik), PPPoE,
PPTP, dan L2TP. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk
jenis sambungan ISP anda.
PENTING! Dapatkan maklumat yang diperlukan dari ISP anda mengenai
jenis sambungan Internet.