User's Manual

Table Of Contents
89
3. Klik Save (Simpan).
NOTA: Penghalan ini akan but semula bila anda menukar mod.
4.6.2 Sistem
Halaman System (Sistem) membolehkan anda mengkongurasikan
tetapan penghala anda.
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > System
(Sistem).
2. Anda boleh mengkongurasi tetapan berikut:
Ubah kata laluan log masuk penghala: Anda boleh menukar
kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles dengan
memasukkan nama dan kata laluan baru.
Kelakuan butang WPS: Butang zikal WPS pada penghala
wayarles boleh digunakan untuk mengaktifkan WPS.
Zon Masa: Pilih zon masa rangkaian anda.
Pelayan NTP: Penghala wayarles boleh mengakses pelayan NTP
(Protokol Masa Rangkaian) untuk menyegerakkan masa.
Dayakan Telnet: Klik Yes (Ya) untuk mendayakan perkhidmatan
Telnet pada rangkaian. Klik No (Tidak) untuk menyahdayakan
Telnet.
Kaedah Pengesahan: Anda boleh memilih HTTP, HTTPS, atau
kedua-dua protokol untuk menjamin akses penghala.
Dayakan Akses Web daripada WAN: Pilih Yes (Ya) untuk
membolehkan peranti di luar rangkaian untuk mengakses
tetapan GUI penghala wayarles. Pilih No (Tidak) untuk
menghalang akses.
Hanya benarkan IP tertentu: Klik Yes (Ya) jika anda ingin
menentukan alamat IP peranti yang dibenarkan mengakses
tetapan GUI penghala wayarles daripada WAN.
Senarai Klien: Masukkan alamat IP WAN peranti perangkaian
dibenarkan untuk mengakses tetapan penghala wayarles.
Senarai ini akan digunakan jika anda mengklik Yes (Ya) dalam
item Only allow specic IP (Hanya benarkan IP tertentu).
3. Klik Apply (Guna).