User's Manual

Table Of Contents
90
4.6.3 Menatarkan perisian tegar
NOTA: Muat turun perisian tegar terkini dari laman web ASUS di http://
www.asus.com.
Untuk menatarkan perisian tegar:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) >
Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar).
2. Dalam item New Firmware File (Fail Perisian Tegar baru), klik
Browse (Semak Imbas). Navigasi ke fail perisian tegar yang
dimuat turun.
3. Klik Upload (Muat naik).
NOTA:
Apabila proses naik taraf selesai, tunggu seketika untuk sistem but
semula.
Jika proses penataran gagal, penghala wayarles secara automatik
memasuki mod menyelamat dan penunjuk kuasa LED di panel
depan mula berkelip-kelip secara perlahan. Untuk mendapatkan
semula atau memulihkan sistem, gunakan utiliti 5.2 Firmware
Restoration (Pemulihan Perisian Tegar).
4.6.4 Tetapan Pemulihan/Penyimpanan/Memuat Naik
Untuk memulihkan/menyimpan/memuat naik tetapan
penghala wayarles:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) >
Restore/Save/Upload Setting (Tetapan Pemulihan/Simpan/
Muat Naik).
2. Pilih tugasan yang anda ingin lakukan:
Untuk memulihkan tetapan kilang lalai, klik Restore
(Pulihkan), dan klik OK apabila diminta.
Untuk menyimpan tetapan sistem semasa, klik Save
(Simpan), navigasi ke folder di mana anda berhasrat untuk
menyimpan fail dan klik Save (Simpan).
Untuk memulihkan fail tetapan sistem yang disimpan, klik
Upload (Muat naik) untuk mencari fail anda, kemudian klik
Open (Buka).
PENTING! Jika isu berlaku, muat naik versi perisian tegar terkini dan
kongurasi tetapan baru. Jangan pulihkan penghalan ke tetapan lalai.