Specification Sheet

Table Of Contents
62
Bahasa Melayu
FAQ
SOALAN LAZIM
S1
Adakah penghala AiMesh menyokong mod Titik Capaian?
J: Ya. Anda boleh memilih untuk menetapkan penghala AiMesh sebagai
mod penghala atau mod titik capaian. Sila pergi ke GUI web (http://router.
asus.com) dan pergi ke halaman Administration (Pentadbiran) > Operation
Mode (Mod Operasi).
S2
Bolehkah saya menyediakan sambungan berwayar di antara penghala
AiMesh (Angkut balik Ethernet)?
J: Ya. Sistem AiMesh menyokong kedua-dua sambungan wayarles dan
berwayar di antara penghala dan nod AiMesh untuk memaksimumkan daya
pemprosesan dan kestabilan. AiMesh menganalisis kekuatan isyarat wayarles
untuk setiap jalur frekuensi yang tersedia dan kemudian, tentukan secara
automatik sama ada sambungan wayarles atau berwayar adalah terbaik untuk
disediakan sebagai tulang belakang sambungan antara penghala.
1
Ikuti langkah-langkah penyediaan untuk mewujudkan sambungan antara penghala
dan nod AiMesh melalui Wi-Fi dahulu.
2
Letakkan nod dalam lokasi ideal untuk liputan terbaik. Jalankan kabel Ethernet
daripada port LAN penghala AiMesh ke port WAN nod AiMesh.
3
Sistem AiMesh akan secara automatik memilih laluan terbaik untuk penghantaran
data, sama ada berwayar atau wayarles.