User's Manual

11
2 Menyediakan rangkaian
wayarles anda
Menetapkan kedudukan penghala anda
Untuk mendapatkan prestasi rangkaian wayarles yang terbaik
daripada penghala wayarles anda, ikuti saranan di bawah:
Letakkan penghala wayarles di tengah-tengah rangkaian anda
untuk liputan wayarles yang maksimum.
Pastikan peranti berada jauh dari sekatan logam dan jauh dari
cahaya matahari langsung.
Pastikan peranti berada jauh dari peranti Wi-Fi 802.11g atau
20MHz sahaja, persisian komputer 2.4GHz, peranti Bluetooth,
telefon tanpa kord, pengubah, motor tugas berat, lampu
pendaruor, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, dan
peralatan industri lain untuk menghalang gangguan atau
kehilangan isyarat.
Untuk mendapatkan liputan wayarles depan ke belakang,
letakkan penghala wayarles dalam kedudukan menegak.
Untuk mendapatkan liputan ke atas dan ke bawah, letakkan
penghala wayarles dalam kedudukan condong.
Sentiasa kemas kini ke perisian tegar yang terkini. Lawati laman
web ASUS di http://support.asus.com untuk mendapatkan
kemas kini perisian tegar yang terkini.