User's Manual

12
Apa yang anda perlukan
Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua
komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut:
Port Ethernet RJ-45 (LAN)(10Base-T/100Base-TX)
Keupayaan wayarles IEEE 802.11b/g/n
Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang
Penyemak imbas Web seperti Microsoft Internet Explorer,
Mozilla Firefox, Apple Safari, atau Google Chrome
Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina
dalam, pasang penyesuai IEEE 802.11b/g/n WLAN pada
komputer anda untuk menyambung kepada rangkaian.
Kabel Ethernet RJ-45 yang digunakan untuk menyambungkan
peranti rangkaian tidak boleh melebihi 100 meter.
Menyediakan penghala wayarles anda
Gunakan sambungan berwayar semasa menyediakan
penghala wayarles anda untuk mengelakkan isu penyediaan
wayarles yang mungkin berlaku.
Sebelum menyediakan penghala wayarles ASUS anda,
lakukan yang berikut:
Jika anda sedang menggantikan penghala yang sedia ada,
tanggalkannya daripada rangkaian anda.
Putuskan sambungan kabel/wayar dari modem anda yang
sedia ada. Jika modem anda mempunyai bateri sandaran,
tanggalkannya juga.
But semua komputer anda (disarankan).