User's Manual

48
Perkhidmatan DDNS ASUS
Penghala Siri RT-N12 menyokong perkhidmatan ASUS DDN. Jika
anda telah mendaftar untuk perkhidmatan DDNS ASUS tetapi
perlu menukar peranti di pusat perkhidmatan, maklumkan pusat
perkhidmatan bahawa anda perlu menyimpan nama domain asal
dan kekalkan perkhidmatan DDNS. Lawati pusat perkhidmatan
setempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jika tiada aktiviti dalam domain - seperti mengkongurasi
semula penghala atau mengakses nama domain yang
berdaftar - dalam masa 90 hari, sistem secara automatik
memadam maklumat yang didaftarkan.
Jika anda mengalami sebarang masalah atau kesulitan dalam
menggunakan peranti anda, hubungi pusat perkhidmatan.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah maklumat yang berdaftar akan hilang atau
didaftarkan oleh orang lain?
Jika anda belum mengemas kini maklumat yang berdaftar
dalam masa 90 hari, sistem akan memadam maklumat yang
berdaftar secara automatik dan nama domain mungkin
didaftarkan oleh orang lain.
2. Saya tidak mendaftarkan DDNS ASUS untuk penghala yang
saya beli enam bulan yang lalu. Apakah saya masih boleh
mendaftarkannya?
Ya, anda masih boleh mendaftarkan perkhidmatan DDNS
ASUS untuk penghala anda. Perkhidmatan DDNS dibenamkan
ke dalam penghala anda, jadi anda boleh mendaftarkan
perkhidmatan DDNS ASUS pada bila-bila masa. Sebelum
mendaftarkan, klik Query (Tanya) untuk menyemak sama ada
nama hos telah didaftarkan atau tidak. Jika nama hos tersedia,
sistem mendaftarkan nama hos secara automatik.