User's Manual
Table Of Contents
- 1 Gambaran Keseluruhan
- 2 Menyediakan rangkaian wayarles anda
- 3 Pengkonfigurasian rangkaian menggunakan GUI web
- 4 Menggunakan utiliti
- 5 Menyelesai Masalah
- Lampiran
12
Apa yang anda perlukan
Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua
komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut:
• Port Ethernet RJ-45 (LAN)(10Base-T/100Base-TX)
• Keupayaan wayarles IEEE 802.11b/g/n
• Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang
• Penyemak imbas Web seperti Microsoft Internet Explorer,
Mozilla Firefox, Apple Safari, atau Google Chrome
• Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina
dalam, pasang penyesuai IEEE 802.11b/g/n WLAN pada
komputer anda untuk menyambung kepada rangkaian.
• Kabel Ethernet RJ-45 yang digunakan untuk menyambungkan
peranti rangkaian tidak boleh melebihi 100 meter.
Menyediakan penghala wayarles anda
• Gunakan sambungan berwayar semasa menyediakan
penghala wayarles anda untuk mengelakkan isu penyediaan
wayarles yang mungkin berlaku.
• Sebelum menyediakan penghala wayarles ASUS anda,
lakukan yang berikut:
• Jika anda sedang menggantikan penghala yang sedia ada,
tanggalkannya daripada rangkaian anda.
• Putuskan sambungan kabel/wayar dari modem anda yang
sedia ada. Jika modem anda mempunyai bateri sandaran,
tanggalkannya juga.
• But semua komputer anda (disarankan).