User's Manual

46
Lampu “Link” (Pautan) Modem ADSL MENYALA (stabil
dan tidak berkelip) dan bermaksud akses Internet boleh
diwujudkan, tetapi saya masih tidak boleh menyemak imbas
Internet.
Mulakan semula komputer anda.
Periksa sama ada LED WAN pada penghala wayarles
menyala.
Periksa tetapan penyulitan wayarles.
Periksa sama ada komputer boleh mendapatkan alamat
IP (menggunakan kedua-dua sambungan berwayar atau
wayarles).
Periksa bahawa penyemak imbas web anda dikongurasi
untuk menggunakan LAN setempat dan bukan
dikongurasi untuk menggunakan pelayan proksi.
Jika lampu “LINK” (PAUTAN) ADSL berkelip-kelip secara
berterusan atau kekal tidak bernyala, akses Internet tidak
boleh diwujudkan - Penghalanya gagal mewujudkan
sambungan dengan rangkaian ADSL.
Pastikan bahawa semua kabel anda disambungkan dengan
betul.
Tanggalkan kord kuasa dari ADSL atau modem kabel,
tunggu selama beberapa minit, kemudian sambungkan
semula kordnya.
Jika lampu ADSL terus berkelip atau kekal TIDAK BERNYALA,
hubungi pembekal perkhidmatan Internet anda.
Terlupa nama rangkaian atau kunci penyulitan
Sediakan sambungan berwayar dan kongurasi semula
tetapan keselamatan wayarles.
Tekan butang Reset (Tetap semula) di belakang panel
penghala wayarles selama lebih dari lima saat.