User's Manual

Table Of Contents
86
Protokol: Pilih protokol. Jika anda tidak pasti, pilih KEDUA-
DUANYA.
Port Luaran: Port Luaran menerima format berikut:
1) Julat port menggunakan noktah ”. antara port permulaan
dan penamat, seperti 300:350.
2) Port tunggal menggunakan koma , antara port
berasingan, seperti 566, 789.
3) Gabungan julat port dan port tunggal, menggunakan
noktah . dan koma , seperti 1015:1024, 3021.
Alamat IP Internet: Masukkan alamat IP LAN klien.
NOTA: Gunakan alamat IP statik untuk klien setempat untuk
menjadikan pemajuan port berfungsi dengan baik. Rujuk bahagian
4.2 LAN untuk maklumat.
Port Internet: Masukkan port khusus untuk menerima paket
yang dimajukan. Biarkan medan ini kosong jika anda mahu
paket masuk dihalakan semula ke julat port yang dinyatakan.
IP Sumber: Jika anda mahu membuka port anda ke alamat
IP khusus dari Internet, masukkan alamat IP yang anda mahu
tentukan dalam medan IP sumber.
4. Klik Add (Tambah)
untuk memasukkan maklumat
pemicu port ke senarai. Klik butang Delete (Padam) untuk
mengalih keluar entri pemicu port daripada senarai.
5. Apabila selesai, klik Apply (Guna).