(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)

25
Asas Mula Pantas
. Sambungan Kamera-Pengawal Wayarles (Bluetooth)
Kamera dan pengawal berhubung melalui
sambungan teknologi wayarles Bluetooth.
Sebaik sahaja anda menjalankan operasi
“berpasangan” yang diperlukan untuk
sambungan teknologi wayarles Bluetooth, kamera dan pengawal akan
disambungkan secara automatik antara satu sama lain jika kita menghidupkan
kuasanya. Sila maklum bahawa sambungan akan terputus apabila jarak antara
kamera dengan pengawal terlalu jauh. Pengawal akan dimatikan selepas suatu
jangka masa tetap selepas sambungan teknologi wayarles Bluetooth diputuskan.
Kamera akan kekal hidup, jadi anda masih boleh mengambil imej dengan menekan
butang pengatup.
Kamera anda mempunyai kefungsian komunikasi teknologi wayarles Bluetooth
terbina dalam. Elakkan mengendalikan kamera (termasuk fungsi kamera sahaja) di
dalam pesawat atau tempat di mana komunikasi wayarles adalah dilarang.
Tetapan sambungan Bluetooth kamera ini tidak boleh diubah.
Teknologi wayarles Bluetooth kamera dan pengawal tidak boleh bersambung
kepada sebarang jenis peranti lain.
. Untuk menghidupkan kuasa
Kedua-dua kamera dan pengawal perlu dihidupkan untuk digunakan.
Menghidupkan kamera akan menukarkan lampu operasi kamera dan pengawal ke
hijau, dan memulakan sambungan teknologi wayarles Bluetooth antara kamera
dan pengawal secara automatik. Suatu imej akan terpapar atas pengawal dan
anda boleh merakam gambar sekarang.
Sambungan antara kamera dan pengawal adalah dipengaruhi oleh orientasi dan
jarak antara kedua-duanya.
Menghidupkan Kuasa Hidup dan Mati
Kamera
Tekan [p] (Kuasa).
Pengawal
Tekan [p] (Kuasa).
[p] (Kuasa)
Lampu operasi
[p] (Kuasa)
Lampu operasi