(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)

37
Merakam Imej
6. Sentuh “Mula”.
Ini memulakan operasi Syot Kilat Selang Masa.
Memulakan operasi Syot Kilat Selang Masa menyebabkan kamera dan
pengawal memasuki keadaan tidur dan tunggu sedia untuk merakam imej.
Ini akan ditunjukkan dengan lampu operasi berkelip hijau. Sila maklum bahawa
kamera tidak akan memasuki mod tidur jika “5 sec” dipilih untuk tetapan
“Selang Masa”.
Untuk pulih daripada keadaan tidur, tekan
sebarang butang pengawal. Kemudian, dengan
menyentuh “ ” pada skrin monitor, bilangan imej
yang dirakam akan dipaparkan. Walaupun jumlah
maksimum imej yang dipaparkan ialah 9999 imej,
operasi Syot Kilat Selang Masa boleh menangkap
lebih daripada 9999 imej selagi kamera mendapat
bekalan kuasa menggunakan penyesuai USB-AC
yang diberikan, dll.
Imej Syot Kilat Selang Masa ditangkap menggunakan Fokus Auto.
Penstabilan imej kamera digunakan semasa rakaman filem oleh operasi Syot Kilat
Selang Masa. Namun, sila bahawa penstabilan imej tidak mencegah kekaburan
imej disebabkan pergerakan subjek.
Persediaan rakaman semasa, termasuk zum, tidak boleh diubah semasa operasi
Syot Kilat Selang Masa sedang berjalan.
Jika bateri kamera mati semasa operasi Syot Kilat Selang Masa, operasi akan
ditamatkan. Jika bateri pengawal mati, ia tidak menjejaskan operasi Syot Kilat
Selang Masa yang berjalan. Untuk menghentikan operasi Syot Kilat Selang Masa
dalam keadaan ini, tekan dan tahan [p] (Kuasa) pada kamera.
Jika anda menjalankan operasi kamera manual atau jika kamera bukan dalam
keadaan tidur semasa operasi Syot Kilat Selang Masa mencapai selang masa
rakaman, rakaman Syot Kilat Selang Masa untuk selang masa itu akan dilangkau.
Menekan butang [p] (Kuasa) pengawal semasa kamera bukan dalam keadaan
tidur akan menyebabkannya kembali pada keadaan tidur dan memulakan semula
operasi Syot Kilat Selang Masa.