(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)
38
Merakam Imej
. Untuk menghentikan operasi Syot Kilat Selang Masa
1. Pada pengawal, tekan sebarang butang untuk memulihkan daripada
keadaan tidur.
2. Sentuh ikon “ ”.
3. Sentuh “Keluar”.
Ini menghentikan operasi Syot Kilat Selang Masa.
. Untuk merakam imej secara manual semasa operasi Syot Kilat
Selang Masa
Anda boleh merakam syot kilat dan filem secara manual walaupun operasi Syot Kilat
Selang Masa sedang berjalan.
1. Pada pengawal, tekan sebarang butang untuk memulihkan daripada
keadaan tidur.
2. Lakukan operasi kamera atau pengawal yang diperlukan untuk
merakam imej yang anda mahu.
Butang pengatup:
Kamera akan menentukan secara automatik sama ada anda sedang merakam
suatu subjek atau pemandangan dan keadaan lain, kemudian merakam syot
kilat.
[0] (Filem):
Merakam filem mengikut tetapan “Masa Rakmn Maks” pada skrin menu
(halaman 42). Jika “OFF” dipilih untuk “Masa Rakmn Maks”, anda perlu memilih
[0] (Filem) sekali lagi untuk menghentikan rakaman filem.
• Anda juga boleh menekan butang pengatup kamera atau butang [0] (Filem) untuk
merakam semasa kamera dalam keadaan tidur. Dalam keadaan ini, rakaman
dilakukan mengikut huraian di bawah.
Butang pengatup:
Merakam syot kilat mengikut tetapan Syot Kilat Selang Masa.
Butang [0] (Filem):
Merakam filem selama lima saat. Apabila “5 sec” dipilih untuk tetapan “Selang
Masa”, masa rakaman filem ialah dua saat (halaman 36).