(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)
49
Tetapan Rakaman Lanjutan
Masuk ke “Mod RKM” * * MENU * Putar Auto
Apabila fungsi ini didayakan (ON), kamera menyedari orientasi fizikalnya dan
memutar imej secara automatik mengikut keperluan. Main semula semasa Putar
Auto didayakan (ON) akan memaparkan imej secara automatik dalam orientasi
semasa ia dirakam.
Apabila fungsi ini dinyahdayakan (OFF), imej dirakam tanpa putaran, tanpa mengira
orientasi fizikal kamera.
• Apabila fungsi ini didayakan (ON), memutarkan kamera 180 darjah juga
menyebabkan imej yang disimpan diputarkan 180 darjah. Imej yang ditangkap
dengan orientasi lain disimpan dalam orientasi semasa ia ditangkap.
Masuk ke “Mod RKM” * * MENU * Imej Cermin
Sekiranya fungsi ini dihidupkan, imej monitor pengawal dipaparkan sebagai imej
cermin. Ini sangat berguna apabila menggunakan pengawal untuk menggubah imej
tangkapan kendiri. Imej dirakam dalam orientasi normal (bukan imej cermin).
• Anda boleh menukar imej yang dipaparkan di skrin utama menjadi imej cermin
dengan menguis imej itu.
• Penunjuk “ ” pada skrin utama menunjukkan imej yang dipaparkan ialah jenis
imej cermin.
Mendayakan Putaran Auto Imej agar Sepadan dengan
Orientasi Kamera (Putar Auto)
Rakaman sendiri (Cermin)
Imej biasa Imej cermin
“”