(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)
51
Melihat Syot kilat dan Filem
Gunakan prosedur berikut untuk melihat syot kilat pada skrin monitor kamera.
• Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 52.
1. Pada skrin utama mod RKM, sentuh ikon
“ ” (MAIN) atau kuiskan skrin ke atas dan
bawah untuk memasuki mod MAIN.
Ini akan memaparkan satu daripada syot kilat yang
disimpan dalam memori.
• Maklumat mengenai syot kilat yang dipaparkan
turut disertakan (halaman 9).
• Anda juga boleh memadamkan maklumat untuk
melihat syot kilat sahaja (halaman 9).
• Anda boleh zum imej skrin dengan menyentuh
skrin monitor (halaman 53).
2. Kuiskan skrin ke kiri atau kanan untuk menatal semua syot kilat
sehingga menemui syot kilat yang mahu dipaparkan.
• Menekan butang pengatup pengawal semasa dalam mod MAIN atau semasa skrin
menu dipaparkan akan menukar terus ke mod RKM.
• Tanda soal (?) akan dipaparkan untuk imej yang tidak dapat dipaparkan atas
sebab tertentu.
Melihat Syot Kilat
“”(MAIN)
Skrin utama mod RKM