(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)

56
Melihat Syot kilat dan Filem
Filem Selang Masa ialah filem berkualiti FHD, dengan nisbah bidang 16:9.
Jika imej dengan nisbah bidang bukan 16:9 dimasukkan ke dalam Filem Selang
Masa, bahagian atas dan bawah imej akan dipangkas sewajarnya.
Jika imej berorientasi potret dimasukkan ke dalam Filem Selang Masa, jalur hitam
akan muncul pada bahagian kiri dan kanan imej.
Sekiranya imej terlalu banyak, fungsi ini akan berhenti memproses apabila Filem
Selang Masa mencapai tempoh 10 minit. Imej seterusnya tidak akan ditukar
menjadi Filem Selang Masa.
Sekiranya operasi Syot Kilat Selang Masa dijalankan berhari-hari, hanya imej pada
tarikh rakaman yang dinyatakan dimasukkan ke dalam Filem Selang Masa.
Foto Sorotan dan FIlem Sorotan tidak dirangkumi dalam Filem Selang Masa.
Operasi Filem Selang Masa mungkin tidak boleh dilakukan semasa kuasa bateri
rendah.
Penjanaan Filem Selang Masa mungkin tidak boleh dilakukan semasa kuasa bateri
rendah. Selain daripada itu, operasi gagal mungkin mengakibatkan fail kerja kekal
di dalam memori kamera. Fail seperti itu ialah fail yang mempunyai sambungan
nama fail selain daripada JPG atu MOV, dan saiz data 0 bait. Untuk memadam fail
data, sambungkan kamera ke komputer (halaman 75).
Bergantung kepada bilangan fail dan faktor-faktor lain apabila Filem Selang Masa
dicipta, operasi penciptaan mungkin mengambil sedikit masa.