(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)
62
Sambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(LAN Wayarles)
• Jangan menggunakan fungsi LAN wayarles di dalam pesawat atau di mana sahaja
di mana operasi tersebut dihadkan.
• Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak boleh memain semula fail filem
daripada kamera anda.
• Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/
atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi
penyimpanan filem atau syot kilat. Menerima fail kamera, melaksanakan operasi
yang dikehendaki pada telefon pintar anda untuk memeriksa jika fail telah disimpan
dengan betul.
• Sila maklum bahawa fungsi LAN wayarles memerlukan lebih banyak penggunaan
kuasa bateri daripada biasa. Pastikan bateri kamera telah dicas secukupnya
sebelum memulakan operasi LAN wayarles.
• Julat operasi bergantung pada persekitaran komunikasi setempat dan jenis telefon
pintar yang disambung.
. Tentang EXILIM Link
Untuk maklumat terperinci tentang EXILIM Link, rujuk Panduan Pengguna EXILIM
Link (yang anda boleh muat turun di laman web di bawah).
http://www.exilim.com/manual/
• Ambil perhatian bahawa untuk melihat Panduan Pengguna EXILIM Link, anda
perlu memasang Adobe Reader. Rujuk pusat servis CASIO yang sah jika anda
tidak dapat membuka untuk memaparkan format PDF Panduan Pengguna.
• Ambil perhatian bahawa Panduan Pengguna EXILIM Link mungkin tidak tersedia
dalam semua bahasa. Jika anda tidak menemui Panduan Pengguna EXILIM Link
di dalam bahasa ibunda anda, sila gunakan versi dalam bahasa lain.