(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)

64
Sambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(LAN Wayarles)
Semasa membuat sambungan wayarles antara kamera dan telefon pintar untuk kali
pertama, pastikan anda menukar SSID dan kata laluan seperti berikutnya. Semasa
pembelian, tetapan asal SSID dan kata laluan adalah sama untuk semua model.
Menggunakan model ini tanpa menukar SSID dan kata laluan mungkin akan
mengakibatkan sambungan silap dengan peranti lain di lokasi yang sama, dan juga
membenarkan akses lain ke maklumat peribadi seperti gambar kita.
Langkah ini hanya diperlukan sekali sahaja apabila anda menggunakan unit ini
untuk kali pertama.
1. Pada kamera, masukkan mod RKM.
2. Pada pengawal, paparkan skrin utama dan
kemudian ketik ”.
Ini akan membolehkan sambungan telefon pintar ke
kamera.
Semasa kamera bersambung dengan telefon pintar,
butang pengatup dan butang [
0] (Filem)
dinyahdayakan.
Operasi kamera di bawah juga boleh digunakan untuk meletakkannya dalam
keadaan yang mendayakan sambungan dari telefon pintar.
Matikan kamera.
Pada kamera, tekan [0] (Filem) sambil anda tekan [p] (Kuasa) sehingga
lampu operasi kamera mengeluarkan kelipan hijau.
3. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan kata laluan dan SSID
kamera.
Ini akan sambungkan telefon pintar ke kamera.
Tetapan asal SSID dan kata laluan adalah seperti berikutnya.
SSID: FR10 Camera
Kata laluan: 00000000
Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk maklumat
lebih lanjut tentang bagaimana mewujudkan sambungan LAN wayarles, lihat
dokumen pengguna yang dibekalkan dengan telefon pintar anda.
4. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Link.
5. Pada telefon pintar, ketik “Connection Starting”.
Lampu operasi kamera akan bercahaya hijau yang menandakan aplikasi ini sedia
digunakan.
Jika ini adalah kali pertama anda memulakan aplikasi ini, terma penggunaan
akan muncul pada telefon pintar anda. Bacakan terma-terma tersebut dan
tekan “Agree”.
Berhubung dengan LAN Wayarles buat Kali Pertama dan
Menukar SSID dan Kata Laluan