(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)

66
Sambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(LAN Wayarles)
Harap maklum bahawa sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar
dikekalkan walaupun semasa apl EXILIM Link itu tidak berjalan pada telefon pintar
atau apabila apl berjalan di latar. Membiarkan sambungan LAN wayarles
berlangsung akan memendekkan hayat bateri kamera dan mengakibatkan kamera
menjadi panas. Putuskan sambungan LAN wayarles sekiranya tidak digunakan.
1. Kuis skrin pengawal.
2. Sentuh “Ya”.
Ini menamatkan sambungan LAN wayarles antara kamera dengan telefon pintar.
Menutup aplikasi dan mematikan kamera juga memutuskan sambungan LAN
wayarles.
Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara
jauh menggunakan telefon pintar (Tangkapan Jauh). Anda juga boleh lakukan zum,
pemasa kendiri, dan operasi lain secara jauh.
1. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Link.
2. Pada kamera, masuk mod RKM.
3. Pada pengawal, paparkan skrin utama dan kemudian ketik “ ”.
Untuk maklumat tentang rakaman jauh, rujuk manual “EXILIM Link” (halaman
62).
Memutuskan sambungan LAN Wayarles
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh
Kamera