(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)

68
Tetapan Lain (Sediakan)
Tetapan Lain (Sediakan)
Bahagian ini menerangkan item menu yang anda boleh gunakan untuk
mengkonfigurasi tetapan dan melakukan operasi lain dalam kedua-dua mod RKM
dan mod MAIN.
* MENU * Sediakan * Kunci Skrin
Guna tetapan ini untuk membetulkan orientasi ikon dan unsur paparan lain semasa
pengawal dialihkan.
Anda juga boleh menghidupkan atau mematikan fungsi ini
dengan meletakkan jari anda pada ikon “ ” (Zum), dan
kemudian menyeretnya ke ikon “ ” (Skrin utama) dan
kemudian ke ikon “ ” (MAIN). Semasa kamera dalam
orientasi potrait (menegak), letakkan jari anda pada ikon
” (Skrin utama), dan kemudian menyeretnya ke ikon
” (MAIN) dan selepas itu ke ikon “DISP”.
* MENU * Sediakan * Bunyi Kamera
Anda boleh melaraskan kelantangan bunyi yang dikeluarkan apabila kamera
dihidupkan, apabila imej ditangkap, apabila ralat berlaku, dsb.
Walau apa pun tetapan ini, tiada bunyi rakaman kedengaran semasa operasi
rakaman selang masa.
Untuk maklumat mengenai operasi menu, lihat halaman 44.
Mengunci Orientasi Pengawal (Kunci Skrin)
ON Menetapkan orientasi skrin pengawal
OFF Memutarkan kandungan skin mengikut orientasi pengawal.
Mengkonfigurasi Tetapan Bunyi Kamera (Bunyi Kamera)
HIGH Kelantangan tinggi
LOW Kelantangan rendah