(Kamera: Ver. 2.00, Pengawal: Ver. 2.00)
94
Lampiran
. Peringatan Lain
• Aksesori yang dibekalkan bersama kamera tidak kalis simbah.
• Mendedahkan kamera kepada impak keterlaluan boleh mengakibatkan kehilangan
ciri kalis simbah.
• Kelembapan pada kamera boleh membeku dalam persekitaran yang terlalu sejuk.
Ais yang tertinggal pada kamera boleh mengakibatkan malfungsi. Jangan biarkan
lembapan berada pada kamera dalam keadaan sejuk.
• Jika air masuk ke dalam kamera dan menyebabkan malfungsi disebabkan oleh
penggunaan yang tidak betul, CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kepada komponen dalaman
(bateri, media rakaman, dsb.), kehilangan data yang dirakamkan, atau sebarang
perbelanjaan yang ditanggung untuk merakam imej yang hilang.
• CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
kemalangan yang mungkin berlaku apabila kamera digunakan di bawah
permukaan air.
• CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap
sebarang kerosakan atau sebarang kemalangan (kemalangan peribadi, dsb.) yang
berlaku semasa menggunakan kamera di dalam air.
. Peringatan Ralat Data
Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Mana-
mana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
– Mengeluarkan kad memori semasa kamera sedang melakukan sesuatu operasi
– Mengeluarkan kad memori semasa lampu operasi berkelip hijau selepas
mematikan kamera
– Menanggalkan kabel USB semasa komunikasi sedang berjalan
– Operasi tidak normal lain
Mana-mana keadaan di atas boleh menyebabkan mesej ralat muncul pada skrin
monitor (halaman 111). Lakukan tindakan yang dinyatakan oleh mesej yang muncul.
. Persekitaran Pengendalian
• Keperluan Suhu Pengendalian: –10 hingga 40°C
• Kelembapan Pengendalian: 10 hingga 85% (bukan pemeluwapan)
• Jangan letakkan kamera di mana-mana lokasi berikut.
– Di kawasan yang terdedah pada cahaya matahari, atau kelembapan, debu atau
pasir yang banyak
– Berdekatan peranti pemanas atau penyejuk, atau di kawasan lain yang terdedah
pada perubahan suhu atau kelembapan yang melampau
– Dalam kenderaan bermotor pada hari panas atau di kawasan yang mengalami
getaran yang kuat
Peringatan Semasa Penggunaan