User manual - EXFR10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

64
Sambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(LAN Wayarles)
Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara
jauh menggunakan telefon pintar (Tangkapan Jauh). Anda juga boleh lakukan zum,
pemasa kendiri, dan operasi lain secara jauh.
1. Jika kamera masih hidup, tekankan [p] (Kuasa) untuk matikan
kuasanya.
2. Pada kamera, tekan [0] (Filem) sambil anda tekan [p] (Kuasa)
sehingga lampu operasi kamera mengeluarkan kelipan hijau.
3. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Link.
4. Pada telefon pintar, ketik “Connection Starting”.
Ini akan menyambungkan telefon pintar ke kamera, yang ditunjukkan oleh lampu
operasi kamera yang bernyala hijau.
Jika ini adalah pertama kali anda memulakan apl ini, terma penggunaannya
akan muncul pada skrin telefon pintar. Bacakan terma-terma tersebut dan
tekan “Agree”.
5. Pada telefon pintar, tekan “ ”.
6. Sediakan imej pada skrin telefon pintar anda semasa anda merakam.
Selepas anda selesai menggunakan Tangkapan Jauh keluar daripada apl
pada telefon pintar anda.
. Mengawal Kamera Anda dengan Telefon Pintar
Semasa rakaman Tangkapan Jauh, anda boleh menggunakan apl EXILIM Link untuk
mengawal kamera daripada telefon pintar. Manual ini menerangkan operasi EXILIM
Link berdasarkan pada skrin yang muncul menggunakan versi iPhone. Sesetengah
operasi mungkin berbeza bergantung pada jenis telefon pintar.
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh Kamera
Mengkonfigurasi tetapan RKM.
Terbalikkan imej skrin secara melintang.
Melakukan operasi zum.
Memaparkan objek yang dilihat oleh kanta
kamera.
Memaparkan tetapan semasa.
Togol antara syot kilat dengan rakaman filem.
Tangkap imej.
Tunjukkan imej yang baru ditangkap.
3
2
4
1
8
5
6
7