User manual - EXFR10_M29_FB (Malay (macrolanguage))
89
Lampiran
Kamera ini direka untuk tahan kejutan, kalis air, dan kalis habuk seperti yang
diterangkan di bawah.
0 Tahan kejutan:
Kamera ini telah lulus ujian kejatuhan dari ketinggian 2 meter/6.56 kaki* ke papan
lapis (bahan lauan)*.
* Berdasarkan ujian CASIO bersamaan dengan MIL-Standard 810F Kaedah 516.5-
Kejutan. (6 muka, 4 tepi: Jumlah 10 kejatuhan.)
0 Kalis simbah:
Kalis simbah bersamaan IEC/JIS Class 6 (IPX6) dan Class 7 (IPX7). Operasi skrin
sentuh dan butang pengatup di bawah permukaan air tidak disokong.
0 Kalis habuk:
Sepadan dengan kebolehan kalis habuk IEC/JIS Perlindungan Class 6 (IP6X).
* Walaupun kamera ini direka untuk menahan kesan impak yang mungkin berlaku
semasa penggunaan harian biasa, impak yang sangat kuat yang disebabkan
pengendalian yang sangat kasar seperti melempar atau jatuhkan kamera dari tempat
yang sangat tinggi akan menyebabkan kerosakan yang serius. Biarpun kejatuhan tidak
mengakibatkan kerosakan fungsi, ia mungkin menyebabkan kesan calar dan kerosakan
pada fizikal kamera.
• Tahan kejutan, kalis air, dan kalis habuk produk ini adalah berdasarkan keputusan
ujian CASIO, dan tidak menjadi sebarang jaminan bahawa produk ini akan
berjalan, tidak akan rosak atau tidak akan berfungsi dalam keadaan tersebut.
. Langkah berjaga-jaga sebelum Penggunaan Di Bawah Permukaan
Air
Perendaman dan rakaman yang berterusan sehingga ke kedalaman 1.0 meter
selepas memulakan operasi rakaman di atas permukaan air disokong, tertakluk
kepada langkah berjaga-jaga di bawah.
• Periksa permukaan sentuhan [CARD] penutup dan gasket penutup [USB] untuk
menghindari kotoran, pasir, dan apa jua benda asing. Bersihkan permukaan
sentuhan dengan mengelapnya dengan kain lembut, bersih dan kering.
Ambil perhatian bahawa sehelai rambut atau sebutir pasir boleh menyebabkan air
masuk ke dalam kamera.
• Periksa penutup [CARD] dan gasket kalis simbah penutup [USB] bebas dari
rekahan, calar dan sebarang kerosakan lain.
• Tutup penutup [CARD] dan penutup [USB] dengan kemas.
• Jangan sekali-kali buka atau tutup penutup [CARD] atau penutup [USB] apabila
berada dekat dengan air atau di kawasan yang terdedah kepada angin laut.
Juga elakkan membuka atau menutup penutup dalam keadaan tangan anda
basah.
Tahan Kejutan, Kalis Simbah, Kalis Habuk